Gelaran 'Datuk' Digunakan Boy Iman Disiasat Kerajaan Negeri Pahang
Kerajaan Negeri Pahang sedang menyiasat gelaran Datuk yang disandang Boy Iman atau nama sebenarnya Datuk Norul Iman Abd Rahman yang sedang menjadi topik hangat apabila dia ditangkap polis berkenaan isu syarikat perumahan miliknya.
Menurut Datuk Seri Muhammad Safian Ismail yang merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri, pihaknya sedang melakukan semakan sama ada Pengarah Urusan DBI Properties tersebut merupakan penerima pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dari Istana Pahang.
"Semua dalam siasatan, saya tidak pasti. Tindakan boleh diambil jika menggunakan gelaran Datuk tanpa pertauliahan.
"Jika benar gelaran itu diterima, setiap penerima perlu menjaga etika dan kemuliaannya agar institusi istana terpelihara," katanya ketika ditanya mengenai gelaran Datuk membabitkan Boy Iman.
Terdahulu, Boy Iman dipercayai mendakwa menerima pingat dari Istana Pahang sekaligus gambarnya memakai pingat kebesaran itu tular di laman sosial.
Boy Iman bersama dua lagi suspek utama ditahan di Ampang dan Setapak, Kuala Lumpur, dua hari lalu bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebelum ini berkata, pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah ditawarkan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.
Sumber- Harian Metro
F*a*n*s*B*E*T*I*N*G, agen game online aman dan terpercaya
BalasPadamJangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan :)
Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
BalasPadamminimal depo dan wd cuma 20 ribu
dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C
"""ION-QQ POKER
BalasPadamkami dari agen poker terpercaya tahun ini
Hanya dengan deposit dan withdraw 20.000 anda sudah dapat berrmain .. di sini kami
menyediakan 4 permainan : bandar poker , play bandarQ , play domino99 dan play
poker .. tunggu apalagi gan ayo segera daftar kan diri anda dan menangkan ratusan
juta rupiah | PIN BB : 58ab14f5"""