Faiz Subri enggan membandingkan jaringan ajaibnya dengan gol Oliver Giroud penyerang Arsenal yang memenangi anugerah sama tahun ini.
Menurut Pemenang Anugerah Puskas Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 itu, tendangan lencongnya dianggap melawan hukum fizik dan sepakan 'kala jengking' milik Giroud memiliki kehebatan yang tersendiri.
Berdasarkan sumber, Giroud, memenangi anugerah Puskas FIFA di London, awal pagi tadi selepas melakukan sepakan dari belakang yang digelar sebagai sepakan 'kala jengking' ketika berdepan Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Januari lalu.
Terdahulu, Faiz yang juga pemain Pulau Pinang memenangi anugerah Puskas FIFA 2016 selepas meledak gol menarik menerusi sepakan percuma yang melawan hukum fizik ketika berdepan Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Februari tahun lalu.
Tambah Faiz, dia turut gembira dengan anugerah yang diterima penyerang Perancis itu.
"Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Giroud. Dia berhak memenangi anugerah FIFA itu kerana jaringannya unik."
Sumber - Berita Harian
Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
BalasPadamdimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||