Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dua Abang Durjana Rogol Adik Tiri Lebih 60 Kali Hingga Lahirkan Anak

27 Okt 2017
Gambar Hiasan

Adik beradik ditahan dipercayai merogol adik tiri sehingga melahirkan bayi lelaki, semalam.

Mereka yang berusia 15 dan 13 tahun ditahan di rumah mereka di Kuala Ketil, Kedah.

Mangsa berusia 13 tahun mengadu kepada ibu tirinya (pengadu), dia sakit perut sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk pemeriksaan.

Menurut ibunya, kira-kira 3.30 pagi mangsa telah di bawa ke hospital kerana mengadu sakit perut.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof, berkata, siasatan awal ibu tiri mangsa berusia 45 tahun tidak mengetahui anak tirinya mengandung kerana tidak nampak perubahan dan tidak pernah dimaklumkan apa yang berlaku.

Jelasnya, selepas melakukan pemeriksaan, doktor mendapati mangsa mengandung dan kemudian mangsa melahirkan bayi lelaki tersebut.

Mangsa dipercayai dirogol oleh dua abang tiri lebih daripada 30 kali setiap seorang.

"Mangsa dipercayai dirogol lebih 30 kali oleh abang tirinya sejak pertengahan 2015 sehingga  Disember 2016.

"Mereka melakukan perkara itu ketika ibu bapa tidak ada di rumah," tambahnya.

Pihak polis membuat tangkapan kedua-dua suspek di rumah mereka pada jam 12 tengah hari semalam.

"Kita menahan reman untuk siasatan lanjut selama tujuh hari bermula semalam hingga 2 November depan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber - Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "