Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Denda Gagal Daftar Kelahiran Anak Dalam 60 Hari Naik Dari RM50 Ke RM1000 Berkuat Kuasa Serta Merta

10 Okt 2017

Pasangan yang gagal mendaftar kelahiran dan surat beranak anak mereka dalam tempoh 60 hari akan didenda sebanyak RM1000, berkuat kuasa serta merta. Denda lewat pendaftaran sebelum ini adalah RM 50.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, denda yang dinaikkan bukan bertujuan mengutip hasil, sebaliknya sebagai galakkan untuk ibu bapa agar tidak melengahkan pendaftaran kelahiran anak.

Katanya, pendaftaran kelahiran anak adalah perkara penting kerana kegagalan berbuat demikian boleh menimbulkan masalah untuk anak  termasuk kesulitan mendaftar MyKid serta persekolahan.

"Kerajaan mengambil keputusan semua kelahiran mesti didaftar dalam tempoh 60 hari, sama ada anak sah taraf atau luar nikah.

"Jika ibu bapa mendaftar lewat dari tempoh berkenaan, mereka akan didenda sehingga RM1,000 berkuat kuasa serta merta.

"Kerajaan menaikkan jumlah denda lewat daftar selepas pindaan Akta 299 Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat yang diluluskan Dewan Rakyat tahun lalu.

"Ogos lalu, kita hanya menguatkuasakan tempoh pendaftaran lewat kelahiran dilanjutkan dari 42 kepada 60 hari bagi memberi peluang ibu bapa atau ibu tunggal berpantang dan menguruskan bayi sebelum hadir di hadapan pendaftar kelahiran," katanya.

Beliau membuat kenyataan tersebut selepas merasmikan pejabat baharu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Simpang Renggam di Taman Indah, Kluang, Johor.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam
  2. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "