Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Cradle Time'', Waktu Paling Tepat Didik Anak Yang Setiap Pasangan Perlu Tahu

5 Okt 2017
2 ulasan

Antara perkara indah bila sudah berumah tangga tentulah apabila dikurniakan cahaya mata buat penyeri hidup berkeluarga. Tapi jangan ambil mudah, nak ada keluarga dan ada anak memerlukan ilmu yang cukup tau. Yelah, setiap anak ada cabaran tersendiri, dengan ragamnya lagi.

Anda pernah dengar istilah ''cruddle time''? Seorang wanita yang dikenali sebagai Ezzaty Suffian telah berkongsi info yang amat menarik mengenai ''craddle time''. Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah.

Ibu-ibu perasan tak, dalam sehari tu akan ada 4 hingga 5 kali anak datang pada kita. Tiba-tiba je dia datang menyendeng kat kita. Tarik tangan lah, pegang muka kita suruh pandang dia lah.

Dia peluk kita, cium kita. Kadang kalau tangan tengah pegang mainan, dia bagi pada kita. Padahal tadi dia tengah sibuk main.

Haaa, Inilah namanya 'cuddle time'.

Saat-saat yang anak nak sangat kita bagi perhatian pada dia. Nak bermanja gedik-gedik dengan kita. Tapi tempoh bermanja ni tak lama pun. Paling lama pun setakat 10 minit je dia duduk lepak dengan kita.

Dah puas dapat apa dia nak, dia lari lah sibuk dengan aktiviti dia semula.

Okay, 'cuddle time' anak-anak ni sebenarnya kan waktu yang paling efektif dan tepat untuk kita buat aktiviti yang positif untuk anak-anak. Sebab waktu ni dia tengah datang serah diri pada kita.

Dia nak sentuhan dan rangsangan daripada kita. Otak dia pun dalam keadaan yang relaks dan tenang. Jadinya, 'cuddle time' inilah waktu yang terbaik kita nak :

1) Ajar anak bercakap

2) Tegur salah anak

3) Pesan perkara baik-baik atau nasihat pada anak

Otak anak yang tengah relaks ni jadi disebabkan oleh adanya gelombang alpha. Gelombang alpha yang buatkan otak anak clear dari sebarang kekusutan, bantu untuk create creativity anak dan sediakan otak anak untuk terima sesuatu yang positif. Otak anak memang tengah fokus waktu ni.

Jadinya, ibu dan ayah jangan lepaskan peluang ni untuk beritahu atau ajar anak sesuatu yang baik. Tinggalkan sekejap kerja yang kita buat. Jauhkan dulu gadget yang tengah kita sibukkan.

Untuk anak yang masih dalam training bercakap, yang tengah kumpul kosa kata (vocabulary) dalam kamus otak dia, gunakan 'cuddle time' ini dengan sebaiknya.

Macam zaty beritahu sebelum ni, kita gunakan teknik conversation atau storytelling. Sambil-sambil peluk dan cium anak tu, sambil kita bersembang dengan dia.

Fayyadh PENAT ke ni?

Fayyadh PENAT buat apa tadi?

Fayyadh PENAT main apa tu?

Cuba cerita kat ummi kenapa Fayyadh PENAT.

Fayyadh rehat kat ummi ye bagi hilang PENAT.

Dan macam biasa, no respons melainkan dok tunjuk muka manja dia. But its ok, otak dia tengah serap apa yang kita bualkan tadi.

Untuk anak-anak yang dah faham keadaan, dah pandai bercakap dan faham apa kita cakap, 'cuddle time' inilah masa yang paling bagus nak tegur salah anak-anak atau nak pesan perkara yang baik-baik.

Kalau tadi anak ada buat silap, kita buang rasa 'hangin' dan marah kita, peluk dia dan tegur secara lembut dan penuh kasih sayang.

"Kenapa tadi abang mengamuk sampai baling mainan abang? Abang tak takut ke kalau mainan tu rosak? Kalau dah rosak nanti tak boleh main dah. Ummi tak beli mainan baru dah tau kat abang.

Kalau abang nak apa-apa, abang cakap elok-elok dengan ummi. Kalau ummi kata tunggu sekejap, abang sabar lah sikit. Tunggu ummi siapkan kerja ummi dulu. Lepastu ummi layanlah abang main.

Abang kan anak soleh. Sayang ummi, sayang abi. Abang suka kan dengar cakap ummi."

Atau nak pesan, nasihat anak kita :

"Abang, ingat tau. Nanti kalau kita pergi mall, ummi tak beli mainan abang. Kita pergi jalan-jalan je. Mainan abang kan dah banyak kat rumah. Yang dekat mall tu mainan orang lain punya. Bukan abang punya."

Cuma satu yang perlu kita ingat, penerimaan anak-anak pada apa yang kita cakap dan ajar tak semestinya berkesan waktu tu juga. Masih tetap bergantung pada tahap kematangan dan perkembangan otak anak.

Jarang sangat bila sekali cakap anak dah terus boleh ingat atau behave. Biasanya mungkin 10 kali cakap benda yang sama. Ada yang perlukan beratus kali peringatan baru boleh lekat kat otak dia.
Bergantung.

Yang penting kita ibu dan ayah jangan cepat mengalah untuk ajar dan terus didik anak-anak. Berpesan-pesan kita dengan kesabaran pada perkara kebaikan. Lagi-lagi pada anak sendiri.

Alangkan kita pun banyak kali diingatkan supaya solat di awal waktu, yang dituntut sangat-sangat dalam Islam. Pun banyaknya tak buat. Ni kan budak, pesan sekali terus amal. Jawapannya memang tak lah kan?

Sabar dan buat, buat, buat je. Jalan terus, jalan lurus.

Sumber : Ezzaty Suffian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

  2. Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
    pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "