Bermula Dari Ucapan 'Selamat Berbuka' Di Facebook, Datuk Jalaluddin Hassan Bakal Tamatkan Zaman Dudanya
Pelakon terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan, 63 kini sudah bersedia untuk menikahi seorang ibu tunggal selepas genap setahun pemergian isterinya, Allahyarhamah Datin Hasimah Mat Ehsan.
Berdasarkan laporan, wanita berusia 44 tahun itu telah berjaya memikat hati Jalaluddin yang merupakan kenalannya di Facebook.
Menurut Jalaluddin, beliau kini berkawan dengan ibu tunggal, yang berasal Serkam, Melaka dan dikenali sebagai 'YR'.
Detik perkenalan itu bermula dengan ucapan ‘Selamat Berpuasa’, kemudian mereka bertemu pada sambutan rumah terbuka Aidilfitri rakan baik pelakon itu.
“Life must go on! Apabila hilang arwah isteri saya rasa hidup saya tiada erti dan pintu hati pun sudah tertutup. Ya, saya sedang mengenali seseorang dan berhasrat untuk memperisterikannya," katanya.
“Tarikh masih belum diputuskan lagi, mungkin tahun ini mungkin tahun depan,” tambahnya.
Bapanya Tan Sri Hassan Azhari juga sering menasihatinya agar segera berkahwin kerasa kasihankan anak lelakinya itu.
“Ayah saya betul-betul mahukan saya berkahwin secepat mungkin tetapi saya masih belum bersedia.
“Anak-anak juga tidak menghalang untuk saya berkahwin semula kerana sedar saya perlukan seorang isteri pada masa ini terutama untuk menjaga kebajikan saya,” katanya lagi.
Pelakon ini juga berkata, dia memerlukan sedikit ruang untuk membuat keputusan memandangkan keadaan kesihatannya yang sedikit terjejas sehingga perlu bermalam di hospital minggu lalu.
Pada 2 Oktober yang lalu, Jalaluddin dilaporkan pengsan selepas menjadi tetamu bagi program bual bicara pagi TV AlHijrah, Assalamualaikum.
Jalaluddin telah kehilangan isteri tercinta pada 5 November lalu, kerana mengalami pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan paru-paru berair.
Sumber - Mstar
AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
BalasPadamgampang menangnya dan banyak bonusnya :)
ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)