Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ayah Rindu Telatah Adik Yang Ceria

30 Okt 2017
3 ulasan

Adik tidak seaktif dan ceria seperti dulu selepas disahkan menghidap leukimia pada awal september lalu.

Annur Annessa Ezzarra, 5, lebih mesra dipanggil adik, merupakan anak bongsu daripada tiga beradik mula susut berat badan selain  tidak bermaya sehingga terpaksa dipangku isteri, Zulina Borhan, 44, untuk ke mana-mana.

Menurut Mohd Esa Lamin, 44, dia rindukan telatah adik yang telah berubah perwatakan menjadi pemarah akibat menanggung kesakitan yang dialaminya.

“Kadangkala tetamu malah saya sendiri pun dimarahnya namun faham kerana emosinya mudah terusik kerana menanggung kesakitan.

“Hanya ibunya saja memahami kehendak Adik kerana dia yang mengurus dan menjaganya setiap hari sejak disahkan menghidap leukimia,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Buloh di Senggarang, Batu Pahat, hari ini.

Dia yang sebelum ini bekerja sebagi buruh binaan, terpaksa menanggung kos perubatan termasuk rawatan alternatif di Kuala Lumpur dan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) yang mencecah RM2,000 sebulan.

Jelasnya, dia menggunakan semua simpanan yang ada untuk menampung perbelanjaan itu.

“Saya sebelum ini mengambil upah menjadi buruh binaan sehingga ke Johor Bahru tetapi sejak anak saya sakit, saya kembali ke kampung dan mengambil upah kerja kampung.

“Pendapatan tidak menentu dan isteri pula hanya suri rumah yang melakukan kerja sampingan seperti menjual tudung. Saya sebenarnya malu untuk bercerita kerana dianggap meminta-minta.

“Setakat ini sudah berbelas ribu dibelanjakan untuk rawatan Adik dan syukur ada sedikit perubahan. Kami tetap akan meneruskan rawatan hospital dan alternatif dengan harapan anak kami sembuh,” katanya.

Menurutnya, sementara menunggu pemohonannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal diluluskan, dia juga bersyukur kerana dibantu ahli keluarga dan sahabat bagi meringankan bebannya sekeluarga.

“Penghulu, ketua kampung dan JKM ada melawat membantu menguruskan apa yang patut selain Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor ada menghubungi saya sebelum ini menawarkan bantuan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Batu Pahat Mohd Hamidi Mad Tap meluangkan masa dan memberikan bantuan kepada keluarga berkenaan selain akan membantu untuk menguruskan permohonan Mohd Esa kepada agensi kerajaan terbabit.

Sumber - Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "