Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Akak, Kereta You 'Pijak' Kaki Saya," Taktik Lelaki Tunggang Motosikal Biru Ini Cuba Tipu Duit Orang Awam

27 Okt 2017
2 ulasan

Kejadian tipu menipu ini sememangnya kerap belaku di sekeliling kita. Oleh itu, kita perlu sentiasa berhati-hati dalam apa jua keadaan dan masa. Jika kita kerap dengar penipuan melalui MLM atau panggilan telefon, tapi kini yang terbaru adalah taktik kaki dipijak dengan tayar kereta untuk mendapatkan wang.

Anda berkemungkinan akan diketuk tingkap cermin kereta ketika di traffik light. Dari situ, anda perlu berjaga-jaga dan bersiap sedia. Jika mangsa menolak ketika anda hendak dibawa ke klinik atau ke balai polis bermakna anda sudah terperangkap.

Berdasarkan perkongsian dari Umie Adam, dia telah ditipu dengan taktik kaki dipijak dengan tayar kereta oleh seorang lelaki. Mujur dalam kes itu tiada petumpahan darah berlaku dan hanya kerugian sedikit wang. Tapi apa yang dikongsinya ini menjadi pengajaran kepada kita supaya lebih berhati-hati dalam apa jua keadaan.



TAKTIK KAKI DIPIJAK DENGAN TAYAR KERETA

Ramai yang tanya kenapa aku pergi balai polis? Disebabkan aku penat nak cerita benda yang sama, jadi aku kongsi di sini saja.

AMARAN KERAS : STATUS INI PANJANG. NAK BACA, BACALAH DAN JADIKAN PERINGATAN. TAK NAK BACA, TAK APA TAPI RUGILAH SEBAB KALAU TERKENA DIRI SENDIRI... TAK ADA APA NAK DIKATA. JANGAN MENYESAL NAAA.

Pada 23/10/2017, aku baru selesai buat pengeposan Candywax dan singgah di kedai. Selepas itu, aku nak hantar teman aku, Zaty Taty ke rumahnya.

Waktu tengah hari yang panas membahang dan aircond kereta pula buat perangai, terpaksalah buka cermin tingkap kereta (Tak sanggup bersauna weh, kikiki).

So, aku nak keluar dari cabang simpang empat (Kawasan Speedmart, UTC Sentul). Kereta aku depan sekali dan datang sebuah motor biru di sebelah. Aku ke depan sikit sebab tak nampak dek kerana dihalang kereta yang tak sepatutnya parking tepi jalan (Menghalang pandangan, grrr!). Si motor biru pula, makin aku nak ke depan makin dia menghalang pandangan aku. Aku ke depan lagi.

Tiba-tiba lelaki India berkaca mata pandang aku dan beritahu ;

"Akak, tayar kereta U pijak kaki I," terkejutlah aku sebab ni kali pertama Viva 'makan' kaki orang. Sebab selama ni Viva telan minyak je.

Aku cepat-cepat mengundur sambil minta maaf. Menggelabah la wei masa tu, risau. Muka lelaki itu acuh tak acuh dan cakap ;

"Jumpa di depan sana," terus dia gerak dan aku ikut belakang.

Kami berhenti di tepi jalan. Lelaki itu berdiri di tepi motor. Pantas aku keluar dari kereta, risau weh. Kaki orang kot. Aku minta maaf lagi sambil perhati kaki dia, tak ada luka atau kesan kena 'dipijak tayar'. Aku suruh dia jalan, dia pun jalan dengan terhincut-hincut.

Aku : Okey tak, Encik? Kita ke klinik terus ya?

Lelaki India (LI) : Mana ada klinik di sini.

Aku : Ada, di depan tu (Seberang jalan). Nampak tak Klinik Kita?

LI : (Muka berubah). Tak apa la...

Aku : Kenapa tak nak? Pergi jumpa doktor, check dan rawat kaki U.

LI menggeleng.

Aku : Pasal duit rawatan I tanggung. Sekarang ni kita pergi klinik.

Dia menolak lagi, degil betul. Aku dah la susah hati kalau melibatkan kecederaan orang yang berpunca daripada kecuaian aku. Aku pujuk lagi.

LI : Kalau pergi klinik susah la kakak. Nanti doktor bagi surat suruh pergi hospital. Saya nak jumpa lawyer, nak uruskan bayaran motor. Dah la hari ni, hari pertama saya bekerja. Lepas tu, macam-macam hal berlaku pula (Buat muka sedih dan nak menangis).

Aku : Sabar. Jangan nak sedih macam ni, kita baru nak bincang. Saya tak suka. Rilek dan kita setelkan benda ni dengan senang.

Berubah LI tu lepas aku tegur secara tegas. Aku jenis tak suka, nak bincang tapi beremosi pula.

LI : Okey, macam mana kita nak selesaikan masalah ni? (Lain macam dia pandang aku, gaya dia pun ada makna wei).

Haaa, aku dah nampak lain cara dia. Nada suara lain, ada unsur ugutan di situ ya kawan-kawan. Aku pandang dia, naluri hati ni menyatakan ada sesuatu yang tidak kena.

Aku : Sebab tu I nak bawa U ke klinik. Tapi U tak nak.

LI : Akak bagi duit, saya pergi klinik sendiri.

Nampak dah permainan dia. Kodok ni nak duit, bhai.

Aku : Nak bagi macam mana? Sekarang ni, I tak ada duit tunai. Tapi kalau ke klinik, I bayar guna kad terus (Saja aku nak buat helah, nak tengok permainan dia).

LI hela nafas, muka tak puas hati.

LI : Kalau tak ada cash, kakak pergi bank. Saya follow akak. Senangkan.

Eh, eh... Apa ni kodok... Main arah suka hati kau. Apa hal nak main follow pula. Haaa, I pantang betul!

Aku : U tinggal mana?

LI : Tanjung Malim.

Aku : Bagi nombor acc you, I transfer (Saja buat taktik).

LI : Tak ada kakak. Macam ni la, Kakak bagi la RM 20. I setel sendiri.

Aku : I tak ada duit tunai kat tangan. Macam mana I nak bagi?

LI alihkan pandangan ke arah kawan aku dalam kereta.

LI : You punya kawan?

Aku : No, dia pun tak ada duit. Jangan nak libatkan kawan I! (Bengang pula aku dengan kodok ni. Apa pun terjadi, aku mesti jaga dan lindungi keselamatan kawan aku).

LI pandang kawan aku. Kata kawan aku, masa ni dia tengok kawan aku sambil perhati kereta aku. Tajam betul pandangan mata dia. Nasib baik kawan aku letak beg tangan di bawah kerusi, bukan di atas peha. Beringatlah benda begini, janganlah sesekali letak beg atau barang berharga atas peha atau kerusi.

Aku : Bagi no telefon you.

LI : Telefon tak ada. I buang sebab rosak. (Banyak pula alasan si kodok ni).

Aku : Kejap, I nak bincang dengan kawan I.



Aku masuk dalam kereta dan bagitahu Taty, lelaki berkaca mata tu macam penipu. Nak duit saja.
LI tu resah gelisah. Dia perhatikan kami berdua. Kawan aku nak ambil gambar dia tapi dia perasan. Cisss!

Mula-mula aku plan nak pergi balai polis tapi aku takut tak sempat. Si kodok tu berdiri betul-betul depan kawan aku. Salah langkah, mahu berdarah jalan raya gamaknya. Kan dia keluarkan pisau/ benda tajam atau cekik kawan aku bagaimana? Orang kalau dah perangai keji, sanggup buat apa saja.
Aku risaulah sebab kawan aku tu anak orang. Kalau anak patung, tak apa juga.

Aku bagitahu ada RM 13.00. LI minta RM 20. Aku bertegas kata tak ada. Masa ni muka aku macam Mak Tiri drama Indonesia 'Bawang Putih Bawang Merah'. So, dia ambil juga duit tu.
Biar hilang duit, jangan hilang nyawa.

Dia pun naik motor. Walaupun aku rasa tak sedap hati tapi aku tanya dia sekali lagi ;

Aku : Kaki u okey ke tak? I risau (Walaupun ragu-ragu, risau jugalah dengan keadaan orang. Kan dia tuduh dan buat laporan aku tak bertanggungjawab, nayalah hidup aku).

LI : Okey tak okey, biarlah saya tanggung. Kaki luka tak apa, tapi ini hati lagi luka. Ini lagi sakit (Tangan sentuh dada dengan mimik muka sedih).

Wak lu, pak cik kau! Geram aku, haha. Hati aku ni lagi terluka tahu tak. Aku berpenat lelah cari duit, kerja waktu malam sampai pagi. Lepas tu, kereta pula 'sakit'. Duit mengalir macam air dan makin laju bila kau 'rampas' duit aku. Senang hidup kau cari duit dengan cara begini.

Masa ni aku serabut sebab stress hadap masalah datang berturut-turut. Telefon pula entah ke mana. Yang aku tahu, aku nak setelkan benda ni dan nak balik rumah. Sempatlah dia minta no telefon aku.

Dia bagi kertas dan aku pun curi-curi buka lipatan kertas. Tertera nama - Thiri. Dia perasan, cepat-cepat halang aku tengok maklumat dalam kertas tu. Aku pun bagi tapi nombor telefon aku yang dah lama arwah.

Sebelum nak beredar, LI tanya aku ;

"Orang Kelantan ke?"

Aku cakap tak. Terus dia cakap, dia orang Kemaman. Dia ingat aku orang Kelantan sebab plat kereta - D******.

Aku : Taklah, ni kereta pakwe I! (Sebenarnya masa ni aku dah nak mengamuk sebab serabut sangat).

Kereta tu memang kereta pakwe aku. Bapak aku punya. Aku ni menumpang harta ayah je. Hahaha. Maaflah mak, pinjam 'pakwe' Mak kejap. Halal ya Mak?

Tak tahulah kenapa aku rimas tengok LI. Mungkin Allah nak bagi petunjuk agaknya LI ada niat buruk kepada aku

Lepas tu, aku gerak nak beredar dari situ. Nak kejar masa lagi sebab nak masuk kerja waktu petang.
Dengan kuasa Allah S.W.T, kereta aku berhenti di lampu isyarat (Warna merah). Lepas tu, aku dan Taty nampak LI berhenti di tengah-tengah antara dua kereta. Aku suruh Taty ambil gambar dia sebab aku tak suka main telefon kalau aku memandu.



Masa tu, aku dah nampak dia himpitkan motor di kereta sebelahnya. Dia 'lunjurkan' kaki kirinya dan ketika itulah dia ketuk cermin kereta pemandu tu.

Kedodol betul! Dia guna taktik yang sama! Eeii, kalau aku tahu... mahu aku 'lenyek' kaki dia dengan tayar kereta. Kasi ajar. Sakit hati kita, wak!




Kemudian berlakulah adegan kejar-mengejar antara LI dan mangsa barunya. Kereta tu tak nak layan dia, apa lagi LI kejar la wei. Sebab kereta aku depan, aku gerak dan menunggu di tepi jalan. Kot ler aksi kejar-mengejar di laluan situ dan memang ya!

Aku pun follow dari belakang dengan hati membara. LI kejar dan ketuk cermin kereta tu banyak kali, suruh berhenti. Benda beginilah aku risau sejak dari tadi.

Kebetulan LI tunggang motor terlebih ke depan, maka lampu isyarat pun merah. Masa ni aku ambil kesempatan, kedudukan kereta aku di sebelah kereta tu. Aku buat isyarat suruh kereta tu pergi laluan lain sebab LI tu penipu. Cuak muka mereka masa tu, pada masa yang sama terkejut tengok aksi cemas aku dan Taty. Kereta tu cepat-cepat beredar ke laluan lain.

Aku pun pandu ke depan, tiba-tiba semangat datang nak kejar si kodok tu. Geram, marah dan sakit hati punya pasal. LI perasan aku nak kejar dia, cepat-cepat LI tunggang motor. Nak larikan diri sebab kantoi walaupun awal-awal tu sebenarnya dah kantoi. Masa tu aku fikir, kalau apa-apa terjadi memang aku capai lock stereng kereta je. Itu saja senjata aku ada.

LI berjaya larikan diri. Aku pun patah balik dan pergi ke kawasan rumah kawan aku. Bagi ruang diri supaya bertenang. Kemudian, barulah aku pergi balai polis, nak buat laporan. Tapi disebabkan polis kata ada unsur kemalangan, ia disebut kes bahagian trafik walaupun tak ada luka berdarah. Yang berdarahnya hati aku ni!

So, terpaksalah tunggu 24 jam tengok kalau LI buat laporan ke tak. Disebabkan aku penat sangat kerja malam hari tu, aku terlepas waktu sepatutnya aku datang ke balai polis UTC Sentul untuk check keputusan tu. Esok atau lusa, aku akan pergi ke balai.

So, berhati-hatilah gais. Tak kisahlah kau tinggal di Sentul atau di mana-mana tempat, beringat dan berhati-hatilah.

Yang syok sedap cakap, 'sepatutnya itu ini' kena fikir dulu. Kau tak rasa apa yang aku rasa, senang cakap. Sebelum ni aku selalu beringat, tapi bila dah terkena betul-betul... Lain jadinya. Siapa kita nak menolak ketentuan DIA, kan?

Apa-apa pun, syukur semuanya selamat. Alhamdulillah.

MAKLUMAT SI KODOK TAK GUNA
Nama : Thiri
Tempat tinggal : Batu Caves
No plat motor : V** **47
Lain-lain : Mempunyai 3 rekod melibatkan dadah (Dasar penagih dadah, menyusahkan hidup orang sebab jahat!).

Oh ya, aku memang sengaja tulis panjang dan bagi maklumat penuh. Sebab aku malas nak jawab sebarang pertanyaan dan untuk peringatan korang juga.

Semoga kita dilindungi dan dijauhkan dari malapetaka dan kecelakaan. Amin.

Akhir kata, tahniah sebab berjaya baca status panjang ni. Aku nak kurangkan peratusan rakyat Malaysia yang dikatakan malas membaca. Wakaka. TAKTIK KAKI DIPIJAK DENGAN TAYAR KERETA.


Sumber - Umie Adam
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "