Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Aishah, Aishah, Aishah'', Bapa Sebak Selepas Hanya Seluar Anak Berjaya Dijumpai

13 Okt 2017
2 ulasan

Bapa kepada salah seorang mangsa yang belum ditemui dalam tragedi 'kepala air' di air terjun Kampung Buku Lubuk Semilang, Langkawi tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja ditunjukkan seluar trek dipercayai dipakai anaknya.

Kassim Abdullah, 45, bapa kepada Siti Aishah, 5, memeluk erat seluar trek yang dipakai anaknya ketika kejadian yang ditemui orang ramai ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bersambung pada jam 7 pagi tadi.

"Aishah.... Aishah.... Aishah....," 



Nama anaknya itu disebut berulang kali oleh Kassim yang juga seorang buruh binaan sejurus menyambut seluar berkenaan di tempat kejadian.

Seluar trek hitam itu ditemui tersangkut pada akar kayu kira-kira 500 meter dari tempat kejadian oleh orang ramai kira-kira jam 11.15 pagi tadi. Kassim mengenali seluar itu milik anaknya kerana dipakai Siti Aishah sejak awal pagi semalam.

"Pagi semalam dia (Aishah) amat manja dengan saya dan beberapa kali mencium pipi serta tidur atas riba saya.

"Saya akan berada di sini dan menanti. Apa pun saya reda dengan ketentuan Allah," katanya lagi.

Selain Siti Aishah, tragedi tersebut turut meragut nyawa Qistina Puteri Wira, 11, yang ditemui lemas jam 5.30 petang semalam, Nor Aiman Wahidah Mohd Rosli, 11, pada jam 12.40 tengah malam tadi dan Anis Shahtirah Saad, 12, pada jam 11.46 pagi tadi.

SAR melibatkan Pasukan Bomba Dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam serta dibantu orang ramai.

Menurut laporan, kejadian yang berlaku 4.30 petang semalam, semua mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras dari puncak bukit yang membadai secara tiba-tiba.

Sumber : BH Online

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g, aman dan terpecaya :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "