Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Eksperimentasi Sosial, Orang Awam Beraksi Seperti Kingsman Di eCurve

18 Sep 2017

Dalam video eksperimentasi sosial ini, dilihat beberapa norang awam yang lalu lalang di kawasan set penggambaran tertarik dengan sebuah kotak hitam yang mempamerkan sut Kingsman.

Secara tiba-tiba muncul beberapa orang Kingsman Malaysia yang dilakonkan oleh Shaharul Ridzwan datang menghampiri mereka yang terpilih untuk memperagakan sut tersebut dan memilih senjata masing-masing.

Dengan riaksi muka tidak bersedia, mereka mula diberikan arahan untuk menyelesaikan misi yang menyerupai aksi-aksi dalam filem Kingsman seperti menembak dart ke beberapa sasaran dalam masa yang diperuntukkan.


Peserta kemudian terpaksa bertembung dengan beberapa watak jahat dan perlu mengelak daripada balingan dart menggunakan payung sebagai perisai sambil menembak balas.

Mereka kjuga perlu berlari ke peringkat seterusnya dan perlu menyusun kad terup dan kemudian perlu memecahkan belon menggunakan kasut dengan bilah pisau dalam melengkapkan misi Kingsman. 

Akhir sekali, perserta terpilih diberikan hadiah berupa tiket percuma dan beberapa produk eksklusif Kingsman: The Golden Circle 



Sekuel Kingsman kali ini memperlihatkan watak Eggsy bergabung dengan pasukan Kingsman Amerika atau dalam filem digelar The Statesman. Antara muka baru yang turut membintangi filem aksi ini adalah seperti Channing Tatum sebagai Agent Tequila dan Helle Berry (Ginger) sebagai pembantu beliau.

Filem Kingsman: The Golden Circle mula ditayangkan pada 21 September di semua panggung wayang seluruh Malaysia. 

Memandangkan SK baik hati, SK nak belanja korang tiket wayang Kingsman: The Golden Circle. Caranya mudah je, upload gambar korang berpakaian sut di bahagian komen post ini di Facebook, siapa yang paling smart dapat tiket.

Kalau tak jumpa post Facebook, boleh tekan link ni: https://www.facebook.com/thesiakapkeli/posts/1821455951210751.

Contest ini bermula sekarang dan akan tamat pada 21 September ini & SK akan hubungi pemenang menerusi mesej Facebook pada 22 September. Seramai 10 pemenang akan terpilih, jadi jangan lepaskan peluang ni!

 Jom layan Kingsman!

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. yuk.. gabung di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g dan menangkan hadiah menariknya

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "