Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terdedah Dengan Jajan Sebelum Umur 3 Tahun Akan Beri Kesan Kepada IQ Kanak-Kanak - Doktor

5 Sep 2017

Makanan ringan atau jajan ini mudah didapati dan harganya juga murah. Pergi mana-mana majlis juga akan mendapat jajan sebagai goodies sama ada majlis perkahwinan atau kelahiran. Jajan juga menjadi kegemaran kanak-kanak kerana ia antara makanan yang dilarang oleh kebanyakan ibu bapa.

Kebanyakan kanak-kanak tidak akan melepaskan peluang untuk meminta dan merengek untuk mendapatkan makanan ini. Walaupun kurang berkhasiat namun ia masih digemari dari kanak-kanak sehingga dewasa.

Ramai di antara kita masih tidak tahu akan keburukan jajan ini. Ikuti perkongsian daripada Dr. Taufiq Razif diharapkan orang dewasa terutama ibu bapa lebih berhati-hati untuk memberi jajan kepada kanak-kanak.

*******
Ramai Betul Tak Tahu Bahaya Jajan Ni

Terkedu saya!

Baru-baru ni saya ambik anak saya daripada tadikanya. Yang peliknya anak saya tak nak berenggang dengan beg galas dia. Saya dah jadi pelik dah. Bila saya buka je beg dia.. Ya Allah! Penuh dengan jajan!

Hari pertama beg dia penuh dengan bungkusan jajan berperisa jagung. Saya urut dada. Takpelah, Mungkin cikgu dia tersilap masukkan la kot. Hari kedua ketiga lepas tu pun masih dapat jajan lagi. Bermacam macam perisa pulak itu. Siap dapat lolipop lagi. Saya tak boleh berdiam diri lagi. Saya jumpa terus cikgu tadika anak saya itu.

Saya tak marah pun cikgu tu cuma saya tanya elok-elok je. "Cikgu, kenapa banyak sangat jajan dalam beg anak saya?".

Cikgu tu macam agak cuak juga la sebab dia kenal saya kot. Dia cakap ada pelajar yang celebrate birthday jadi bagi bagi je jajan tu kat semua pelajar tadika tu. Saya terkedu!

Eh! Kenapa ada mak ayah yang celebrate anak dengan jajan?

Sini saya nak bagitahu keburukan jajan ni kat mak ayah semua. Mana tahu ada yang belum tahu kan. Jajan tu sendiri bermaksud makanan yang tinggi kalori tapi takde nilai nutrisi. Kanak-kanak yang terdedah dengan jajan ni terdedah pada penyakit kronik seperti kencing manis, kanser, strok dan juga berisiko besar untuk dapat penyakit kardiovaskular sebelum umur 30 tahun.

Lebih parah lagi kalau kanak-kanak tu terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun. Ikut kajian daripada University of Bristol, kanak-kanak yang terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun akan memberi kesan pada IQ kanak-kanak tu. Walaupun mungkin lepas tu ibubapa dah tersedar dan cuba ubah balik gaya pemakanan si anak tu tapi dah terlambat dah! Sebab perkembangan otak paling progresif dalam 3 tahun pertama tu. Akibatnya? Seumur hidup!

Jadi kepada mana-mana ibu bapa tu, tolong la pantau apa yang anak kita makan ye. Zaman sekarang adalah zaman yang mana ' penyakit orang dewasa ' dah mula menyerang kanak-kanak. Ni la zaman yang mana umur 20 tahun pun dah ada yang kena potong kaki dan umur 30 tahun pun dah kena strok dan serangan jantung.

p/s : Tolong ingatkan pasangan dan keluarga kita sekali ye. Sama-sama kita jaga keluarga kita.

Sumber- Taufiq Razif
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam
  3. Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "