Contohnya , seorang lelaki yang juga pemandu Grab telah berkongsi pengalamanya membawa sepasang suami isteri berasal dari Singapura yang pertama kali menggunakan perkhidmatan Grab di Malaysia.
Kami bawakan untuk anda perkongsian Fadhli Sahar di laman facebooknya.
Sejak memandu Grab ini banyak orang yang saya jumpa. Ada yang baik hati, ada yang suka-suka hati, ada juga yang biasa-biasa. Semuanya saya layan sama seperti penumpang yang lain juga.
Satu hari saya menghantar satu pasangan India dari Singapore. Ambil di Hotel Empire nak ke USJ 6. Ingin ke rumah sepupu kerana ada perkhawinan disana. Baru pertama kali menggunakan Grab di Malaysia katanya.
"The wedding at Main Place at USJ 21?", soal saya
"No no. At their home", balasnya.
Saya pelik kerana alamat yang ditujui menunjukkan pusat membeli belah di USJ itu.
"But the drop off point show at shopping mall", balas saya.
"I'm not sure. I just copy paste the address".
"Oh". Saya tidak bertanya lagi. Mungkin berdekatan dengan pusat beli belah sana.
Apabila sampai disana, mereka hairan kerana tidak sampai ke rumah sepupunya. Dia kata mungkin saya yang sesat.
"No sir. I just follow your address", saya menafikan apa yang dikata.
"But this is not the place".
"Can I see the address?", saya minta alamat yang diberikan oleh sepupunya.
Alamatnya menunjukkan rumah sepupunya bernombor 21. Barulah saya faham mana silapnya. Dia hanya 'copy-paste' sahaja alamat yang diberikan. Jadi peta Grab terus menunjukkan di Main Place, USJ 21.
"I think we have a wrong address here". Saya beritahu dia sambil menunjukkan alamat yang saya di telefon saya.
"Then, how? If you drop me here I don't know where to go", katanya.
Mereka berdua kelihatan panik juga. Ya lah. Orang luar. Kemudian sesat pula.
"Its OK sir. I'll drop you at this place".
Kasihan juga saya melihat mereka berdua. Terpinga-pinga apabila saya kata mereka sesat. Saya tutup signal Grab di telefon saya dan saya hantarnya secara 'off-line'.
Kalau diikutkan saya melanggari undang-undang sebagai pemandu. Tetapi apalah sangat undang-undang jika dibandingkan dengan kemanusiaan.
Jarak USJ 21 ke USJ 6 hanyalah 5 km. Saya kata tambah RM 5 sahajalah. Mereka setuju.
Setibanya disana saya kata RM 20 termasuk tambang asal. Dia beri saya RM 50. Apabila ingin pulangkan duit baki dia menolak.
"Its OK. RM 20 for ride. RM 30 for your kindness".
"Its too much", saya kata.
"Your kindness is more expensive than fare", katanya sambil keluar daripada kereta.
Kemudian satu lagi cerita, masa saya terlanggar kereta di Glenmarie kelmarin saya cukup tertarik dengan tindakan pemandu kereta yang saya langgar. Dia tidak marah. Hanya berkata baik dan memaafkan saya. Namun, kerosakannya saya bayarlah. Sendiri buat sendiri tanggungkan.
Jadi saya bercadang memberinya lebih kerana kelakuan baiknya. Ini kerana saya teringat kata-kata warga Singapura yang saya hantar kelmarin.
"Your kindness is more expensive than fare".
Ya memang betul berkelakuan baik, adap sopan dan bersangka baik memang mahal harganya dari wang dan harta kerana sangat jarang kita jumpa pada masa ini.
Kebanyakkannya, banyak pentingkan diri, bercakap kasar dan berfikiran buruk pada orang lain. Inilah yang menyebabkan sifat ke'aku'an semakin menebal dari sifat ke'kita'an.
Oleh itu, kalau ada orang buat kebaikan kepada kita hargailah dia. Bukan mudah nak jumpa orang baik ni. Kalau tak nak bayar pun cakap terima kasih pun tak pa. Mereka pasti gembira punya.
Sumber : Fadhli Sahar
b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G, yukk buruan.. :)
BalasPadammari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
BalasPadamsilakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
Swin888.blogspot.com
BalasPadamWechat / whatsapp
Bit.ly/60133026666
011-2611-9352
014-322-7846
SWIN888 SENANG DAPAT ANGPAO & JACKPOT.
#SCR888 ->>> Fairy Garden
#LPE88 --->>> Azteca
#JOKER123 --->>> Huga
#GW99 ---->>> Aladdin
#SKY777 -->>> Double Ultimate
#sky99 --->>> God of wealth
- WELCOME BONUS 30%
- DAILY BONUS 10%
- REFER BONUS 20%
- 100% TRUSTED #BESMART
- 24 JAM MASA CUCI/
TOPUP
- MININAL TOPUP Myr10.
- HARI HARI JACKPOT
- LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCF7oiXFOTBVGvI3h7J2qqqw