Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Netizen Dakwa Jika Miliki Astro Dan Kereta, Mereka Tak Layak Dapat Daging Korban

5 Sep 2017
3 ulasan
Add caption

Walaupun sambutan hari raya aidiladha sudah berlalu tetapi masih ada topik yang berkaitan dengan daging korban menjadi bualan hangat netizen di media sosial apabila muncul satu memo yang bertulis “Perhatian kepada keluarga miskin yang ingin mengambil daging korban, daging boleh diambil pada hari sabtu 2 september pukul 12.30 tengahari bertempat di Surau ..."



Melalui memo tersebut segelintir netizen yang salah fahaman mula tidak berpuas hati dengan pembahagian daging korban di tempat mereka.

Hal ini berlaku hanya kerana beberapa perkataan berdasarkan memo tersebut iaitu ‘keluarga miskin’ yang mana menyebabkan penduduk di Flat teragak-agak untuk mengambil daging tersebut.

Penduduk di Flat tersebut menyangka mereka tergolong didalam status keluarga yang sederhana sekaligus membuatkan mereka berfikiran bahawa daging itu seharusnya diagihkan sendiri oleh pihak pengurusan terus kepada keluarga yang benar-benar miskin di rumah mereka.

Selain itu, perkara yang lebih mengejutkan adalah apabila ada netizen yang mendakwa memo yang dilekatkan di kawasan tersebut meletakkan syarat bagi penduduk yang melanggan Astro dan memiliki kereta tidak layak mendapat daging korban itu.


Menurut seorang penduduk yang menetap di flat berkenaan dikenali sebagai Ana memberitahu mStar Online bahawa isu pembahagian bantuan atau daging korban untuk penduduk miskin di tempatnya bukan isu baharu.

"Saya tengok kertas memo tu ayatnya sama saja dah bertahun-tahun cuma baru sekarang ia viral.

"Saya yang dah 10 tahun tinggal di sini pun tak pernah dapat daging korban sebab memo tu tulis untuk 'keluarga miskin', saya pun tak tahu bagaimana mereka ukur tahap kemiskinan seseorang," katanya.

Wanita itu juga memberitahu bahawa suaminya yang bekerja sebagai nelayan dengan purata pendapatan bulan sebanyak RM900 pun tidak diberikan daging walaupun menghulurkan bantuan di masjid.

"Tak dapat tak apalah, mungkin daging tak cukup atau ada yang lebih memerlukan," katanya.

Dia juga mengakui kewujudan memo yang dilekatkan meletakkan syarat si penerima tidak layak menerima bantuan jika mempunyai Astro dan kenderaan, tetapi tidak pasti ia turut menjadi salah satu syarat untuk melayakkan seseorang mendapat daging korban.


Ana turut mengulas lebih lanjut dengan berkata bahawa istilah 'keluarga miskin' itu bukan sahaja membuatkan keluarganya keliru, sebaliknya ia juga telah lama menjadi perbincangan sesama penduduk di flat tersebut.

"Macam mana kalau ada yang malu atau tak anggap diri mereka miskin kerana fikir ada keluarga miskin lain yang lebih layak dapat daging korban tu.

"Bagaimana pula kalau satu flat pergi ambil daging kerana anggap keluarga mereka miskin," katanya.

Namun demikian ada juga golongan netizen yang memberi penjelasan berkenaan bahawa penduduk tidak pernah datang ke surau menyebabkan kesukaran mengenalpasti mana-mana keluarga yang benar-benar miskin.



Sumber : mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam
  3. Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "