Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

SPAD Tegur Aeril Zafrel Di Twitter Selepas Muatnaik Gambar 'Bawa Uber' Guna Kereta Persendirian

26 Sep 2017

Kerana tindakan Aeril Zafrel yang memuat naik satu foto di laman Twitter nya dengan status ''Need Uber? Call Me'' (perlukan uber, sila hubungi saya) menyebabkan dia telah ditegur oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pihak SPAD telah membalas status Aeril dengan menulis “Tindakan boleh diambil jika kereta persendirian digunakan sebagai pengangkutan awam tanpa permit.

Jawapan balas SPAD itu diterima oleh Aeril selepas ada seorang pengguna Twitter  telah retweet kembali status tersebut dengan memetik akaun  @aduanSPAD.

Aeril menjelaskan bahawa foto yang dimuat naik ke akaun Twitter nya itu hanya untuk gurauan semata-mata ketika di dalam kereta selepas pulang bercuti.

Namun demikian, beliau tidak menyangka ada pengikutnya di laman Twitter yang mengambil serius terhadap foto tersebut.

"Gambar selfie di dalam kereta itu diambil semasa saya dan keluarga bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Niat saya sahaja nak bergurau dengan peminat, tak sangka pula ada yang ambil serius sehingga memetik akaun SPAD di foto tersebut.

"Mungkin peminat pun nak bergurau, maklumlah di alam maya ni macam-macam ragam ada," katanya kepada mStar Online.

Status yang dimuat naiknya itu mendapat hampir 400 retweet dan rata-rata peminat meninggalkan komen yang berbentuk gurauan kepada pelakon itu.

"Ini kalau buat uber, perempuan nak pusing 1 Malaysia agaknya," kata pemilik akaun bernama @SyafiqElfDrew.

Manakala, "nombor mana abang, nak telefon!," tulis akaun @naxny.

Sumber : mStar Online

BACA:(VIDEO) Konsert Terunggul Afgan dan Ungu, Gandingan Mantap Dua Genre Berbeza Bakal Gegarkan Shah Alam Oktober Ini
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. πŸ””πŸ””PENGHUJUNG BULAN MESIN HOT MUNTAH πŸŒΉπŸ””
    SWIN1688 SENANG DAPAT ANGPAU & JACKPOT.
    JOM TRY LUCK MANY UNIQUE GAMES PAYOUT.
    πŸ„πŸ„NIUNIU BET~ FIGHT BULLπŸ„πŸ„

    Swin1688.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    BIT.LY/60143227846

    #SCR888 --> Kimochi
    #SKY777 --> Pocketmon
    #SKY99 --> Three kingdom
    #JOKER123 --> Safari life
    #LPE88 --> Fruitmania
    #GW99 --> Great Blue

    - WELCOME BONUS 30%
    - REFER BONUS 20%
    - DAILY BONUS 10%
    - IOS/ANDROID SEMUA DAPAT MAIN.
    - WE ARE 24 OPERATOR SERVICE/
    - 100% TRUSTED SINCE 2015. BESMART PLAYERS.
    - LEBIH DARI +1000 KIND OF SLOTGAMES & UPDATE SETIAP SAAT.
    - HARI HARI JACKPOT.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "