Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dengan Bajet RM 600 Wanita Kongsi Ini Tips Melancong Ke Jogjakarta Selama 5 Hari 4 Malam, Memang Berbaloi

26 Sep 2017

Anda pasti pernah merancang untuk bercuti ke luar negara, paling tidak pun ke negara jiran kan? Tapi bukan senang nak ke luar negara tambah-tambah kalau kali pertama. Macam-macam yang kita fikir. Soal bajet dan keselamatan diri adalah yang paling utama perlu diberi perhatian.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Intanabila Bazli telah berkongsi tips-tips melancong ke negara jiran, Indonesia dengan bajet yang amat berpatutan. Lebih menarik, wanita ini hanya mengembara berdua bersama temannya, yang juga wanita selama 5 hari 4 malam. Jom ikuti perkongsian wanita ini di bawah.

Itinerary Jogjakarta

RM600, cukup untuk jalan-jalan kat sana, makan minum dan beli ole-ole, tapi tak termasuk shopping.
Shopping tu pilihan sendiri ye, nak pegi negara orang untuk shopping dan jalan-jalan.

Itinerary ni paling simple, paling bajet tapi semua tempat kami nak pegi. Ini saya bagi kos yang penting-penting je. Makan minum tak termasuk sebab tu pilihan masing-masing nak makan kat restoran/warung tepi jalan.



Kami pergi berdua aje, ye berdua je! Alhamdulillah selamat, orang sana semua baik-baik. Nah baca sampai bawah, kalau tak faham boleh komen.

12/09 - 16/09/2017 (5 hari, 4 malam)

Rate : IDR 1juta = RM322

Tiket return = RM134/pax

Rumah Pandjaitan 42, Rp 350,000/pax (4 malam free breakfast). Kos supir, Rp 675,000/pax (3 hari). Kos supir termasuk minyak dan parking. Kos supir akan lebih murah kalau uols pergi ramai sebab kira satu kereta bukan kira per kepala. Kami pegi berdua, jadi mahal sikit.

Penginapan dan kos supir (3 hari) adalah Rp 1,025,000 / RM323.50.

Hari Pertama

Kos transport (bas, beca) ke Rumah Pandjaitan, bas ( Rp 7000/pax), beca (Rp 5000) adalah Rp 12,000. Kami naik ojek ke Malioboro, Rp 8000/pax. Dari Malioboro ke Rumah Pandjaitan, Rp 12,500/pax (naik beca).

Kos hari pertama adalah Rp 24,500 / RM7.80.

Hari Ke-2

Hari kedua kami dah guna servis supir ye. Supir jemput di Rumah Pandjaitan. Untuk ke Pantai Timang, kami pilih naik ojek. Lebih murah Rp 50,000. Spot bergambar ada yg perlu bayar, kami ambil gambar di 2 spot kos Rp 15,000 (boleh tengok dekat gambar).







Goa Pindul Rafting & Tubing kos adalah Rp 150,000. Kos photographer adalah Rp 62,500. Kami rasa sangat tak berbaloi pergi sini. Biasa-biasa saja. Member penah pegi Gua Tempurung, Perak lagi best katanya. Jadi kalau uols tak pegi pun, takpe. Tak rugi.


Pintoe Langit, bayar parking saja Rp 2500/pax ( semua spot bergambar kat sini FOC). Puncak Becici, bayar parking saja Rp 2500/pax ( semua spot bergambar kat sini FOC). Pak supir bagi tahu view kat sini lebih lawa dari Kalibiru, lagipun dekat Kalibiru setiap spot bergambar kena bayar. Jadi kami tak pegi Kalibiru.




Kos hari Ke-2 adalah Rp 282,500 / RM89.20.

Hari ke-3

Kos Sunrise Puthuk Setumbu, Rp 30,000/pax. Gereja Ayam, Rp 30,000/pax. Masjid Gede Kraton (masjid yang dibina 400 tahun lalu) . Taman Sari, Rp 10,000/pax. Pantai Prangtritis, Rp 3750/pax. Goa Jepang (sunset), seikhlas hati kami bagi Rp 5,000/pax. Sellie Cafe (AADC 2).











Kos hari Ke-3 adalah Rp 78,750 / RM24.90.

Hari ke-4

Kebun Mangunan, FREE. Jurang Tembelan, FREE. Seribu Batu, Rp 2500/pax. Hutan Pinus, Rp 2500/pax. Candi Ijo, Rp 5000/pax (dapat harga local). Pasar Beringharjo (jalan-jalan survey harga dulu).





Kos hari ke-4 adalah Rp 10,000 / RM3.20.

Hari ke-5

Pasar Beringharjo (beli ole-ole). Naik GrabCar dari Rumah Pandjaitan ke Pasar Beringharjo, Rp 5500/pax. Naik GrabCar dari Pasar Beringharjo ke Rumah Pandjaitan 42, Rp 6000/pax. Naik GrabCar dari Rumah Pandjaitan ke Warung Sambal Special (dekat dengan airport), Rp 16,500/pax. Naik Grabcar dari Warung Sambal Special ke Airport, Rp 8,500.







Kos hari ke-5 adalah Rp 36,500 / RM11.60.

Jadi, semua kos termasuk penginapan tambah supir tambah harga tiket adalah RM460.20 (tak termasuk makan minum)

Kami pergi 5 hari, 4 malam. Guna servis supir untuk 3 hari je. Sebab kami nak berdikari dan save bajet juga. Guna servis supir untuk pergi tempat-tempat yang jauh. Sedia maklum jarak antara satu-satu tempat tu jauh juga. Boleh search google maps tengok jarak satu tempat ke satu tempat.

Kami pilih 'Rumah Pandjaitan 42' sebab harga paling murah bila cari dalam booking.com. Selesa, bersih, wangi. Owner rumah baik sangat, Ok! Kami siap basuh baju. Kalau uols nak masak pun boleh. Wifi pun laju. Ada sediakan breakfast secara percuma. Berbaloi-baloi.

Tempat-tempat yang nak pergi tu, kami yang list sendiri pastu bagi dekat supir, bukan supir yang list kan, supir cuma tolong susun nk pegi mana dulu supaya satu hala je semua. GrabCar/uber/Gojek banyak kat sana sama kat Malaysia ni juga. Jadi tak risau nak kemana-mana.

Makanan kat sana sangat murah kalau nak banding dengan tempat kita. Kat sana RM 12 dah dpt makan untuk 2 orang, siap ayam bakar dan ikan bawal lagi. Tempat kita dapat ke?  Harga makanan dekat Malioboro agak mahal juga sebab situ dah jadi tempat tarikan pelancong dari luar negara. Kami ada juga makan dekat area sana. Bila bagi tahu supir, supir senyum je dan cakap mahal! Tapi tak salah kalau nak cuba.




Kami ada makan di restoran Ayam Penyet Surabaya ( murah dan sedap ). Kalau la kami tahu kewujudan Waroeng Special Sambal "SS" dari hari pertama, tiap hari makan kat sana je ( murah dan sedap). Boleh tengok bukti resit dan gambar makanan kat bawah ni. Ni bukan warung tepi jalan ye, ni kedai makan standard tapi murah, bersih.




Kami beli bakpia di kedai 'Bakpia Pathok 25', memang sedap! Ada banyak flavor, tapi kami beli keju dan coklat. Boleh campur flavor dalam satu box. Harga satu box Rp 40,000 ada 20 biji. Sape nak pergi Jogja? Nak kirim please sebab yang beli dah habis.

Semua kos kat atas untuk sorang yer. Kalau uols pergi ramai, lagi murah dan jimat! Kalau Hotel/Hostel/Homestay ada sediakan breakfast, bawak bekal sesiap sebabnya setiap hari akan keluar awal pagi sebab nak kejar masa untuk tengok sunrise.

Cari supir yang orang lain dah bagi review bagus ye. Supir kami pemalu sikit tapi kalau bab tolong ambilkan gambar memang cenggini dan kalau uols survey harga, Pak Salim ni antara yang termurah dari yang lain jadi ada bagusnya juga.

Fb : Putra Jogja Atmaja
WA : ‭+62 881 6781228‬ (Pak Salim)

Last skali, Jangan lupa bawak kawan yang pandai ambil gambar, sebab kat sana banyak spot bergambar lawa-lawa.

Boleh share dgn kawan-kawan yang mana nak pergi Jogja tu. Memang tak rugi pegi weh sementara masih single.

Sumber : Intanabila Bazli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. 🔔🔔PENGHUJUNG BULAN MESIN HOT MUNTAH 🌹🔔
    SWIN1688 SENANG DAPAT ANGPAU & JACKPOT.
    JOM TRY LUCK MANY UNIQUE GAMES PAYOUT.
    🐄🐄NIUNIU BET~ FIGHT BULL🐄🐄

    Swin1688.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    BIT.LY/60143227846

    #SCR888 --> Kimochi
    #SKY777 --> Pocketmon
    #SKY99 --> Three kingdom
    #JOKER123 --> Safari life
    #LPE88 --> Fruitmania
    #GW99 --> Great Blue

    - WELCOME BONUS 30%
    - REFER BONUS 20%
    - DAILY BONUS 10%
    - IOS/ANDROID SEMUA DAPAT MAIN.
    - WE ARE 24 OPERATOR SERVICE/
    - 100% TRUSTED SINCE 2015. BESMART PLAYERS.
    - LEBIH DARI +1000 KIND OF SLOTGAMES & UPDATE SETIAP SAAT.
    - HARI HARI JACKPOT.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "