Berbekalkan akaun bank China, beberapa ID dan telefon pintar, kami telah menguji keberkesanan sistem bayaran tanpa tunai bandar ini. Kos menggunakan teksi, melawat pasar, menjamu selera dan menggunakan tandas awam di bayar menggunakan aplikasi Wechat Pay dan Alipay.
Sebelum itu, kami membeli kad SIM berniLAI 200 yuan (USD30 @ HK$235) dengan pelan data 1GB.
“Ini adalah tawaran yang baik” jurujual itu cuba meyakinkan kami. Kami berada di Shenzhen ketika itu dan memerlukan data bagi memastikan ujian tersebut dapat dilaksanakan.
“Kamu cuma perlu melanggan data secara atas talian sahaja lepas ini” ujarnya lagi.
Kami membayar harga kad SIM itu. Itulah adalah kali terakhir kami menggunakan wang tunai di bandar ini, yang diberi jolokan China’s Silicon Valley.
Kini, dengan kebanyakkan orang ramai cenderung memilih untuk membayar menggunakan telefon bimbit mereka, idea pembayaran tanpa tunai ini kini hangat diperkatakan. Persoalannya, bagaimanakah sistem pembayaran tanpa tunai ini berfungsi?
Selain perlu mempunyai akaun bank China, sistem ini juga memerlukan kemudahan “e-wallets” dalam telefon bagi dua aplikasi pembayaran melalui telefon bimbit paling popular di China, Wechat Pay yang dimiliki Tencent dan Alipay yang dimiliki Alibaba Group.
Kerajaan China telah menetapkan peraturan supaya pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan ini, mereka haruslah mendaftar menggunakan nama mereka sendiri yang. Maklumat ini secara langsung akan melibatkan perkongsian data peribadi dengan akaun “e-wallet” yang baru dibuka itu.
Antara kemudahan awam yang boleh digunakan melalui kaedah pembayaran tanpa tunai ini adalah perkhidmatan teksi. Pemandu teksi akan bertanya kepada penumpang sama ada mahu membayar menggunakan Wechat Pay ataupun Alipay. Dengan mengimbas kod yang ditayangkan di telefon bimbit pemandu teksi tersebut kemudian memasukkan jumlah bayaran tambang, ianya sudah pun selesai.
Selain teksi, terdapat pelbagai lagi kemudahan pengangkutan awam yang turut mengguna pakai kemudahan pembayaran ini antaranya bus dan basikal awam.
Kemudian, kami menuju ke Dong Meng Ding Plaza, sebuah bangunan tiga tingkat dengan deretan kedai menjual pelbagai makanan seperti kepak ayam, udang rebus, ketam dan pelbagai lagi. Disini, dulu duit adalah raja, namun kini sebaliknya berlaku.
Terdapat beberapa gerai yang meletakkan kod bar untuk diimbas di kaunter bayaran, ada juga yang menampal didinding. Semua transaksi pembayaran dilakukan dengan beberapa sentuhan pada telefon bimbit sahaja.
Kami kemudian singgah di sebuah restoran mewah bagi menjamu selera. Seorang pelayan datang lalu menunjukkan kod QR di bucu meja.
“Menu ada di sini”, katanya.
Kami boleh mengimbas kod tersebut dan senarai menu akan terpapar di telefon bimbit untuk membuat pesanan. Selesai sahaja menjamu selera, kami membayar menggunakan telefon bimbit lalu beredar tanpa sebarang masalah.
Namun, kami turut mengesan beberapa kelemahan di dalam sistem ini. Ketika melawat arkib permainan, diskaun ditawarkan jika membeli token melalui Alipay. Tetapi ketika mengimbas kod QR di gerai token, telefon kami memaparkan “error message” berulang kali.
Kami menghubungi pusat khidmat pelanggan Alipay, namun diberitahu bahawa akaun kami sepatutnya berfungsi dengan baik.
Kami akhirnya berjaya membeli token tersebut, namun memikirkan pelbagai masalah yang muncul ketika di arkib permainan, mungkin kaedah pembayaran konvensional boleh dipertimbangkan semula.
Pelancong juga mungkin menghadapi masalah dengan sistem ini disebabkan syarat wajib perkongsian data antara sistem ini dengan akaun bank tempatan. Ketika ini, ianya menjadi agak sukar apabila sistem pembayaran tanpa tunai ini menjadi pilihan kepada kebanyakan gerai dan restoran di Shenzen, malah mungkin lebih teruk jika diguna pakai di seluruh negara.
Ini bakal menyukarkan pergerakan pelancong ketika di China kecuali anda berdamping dengan mereka yang mempunyai akses kepada sistem tersebut.
“Saya tidak boleh menggunakan perkhidmatan teksi”, kata Kelechie Ematuche, warganegara Amerika yang meluangkan masa cuti di negara tersebut.
Lebih menyukarkan pergerakannya apabila kemudahan navigasi seperti Google diharamkan di China.
Namun bagi penduduk tempatan, Alipay dan Wechat Pay bukan sekadar transformasi bagaimana orang ramai melakukan transaksi, malah turut menggambarkan bagaimana orang ramai menguruskan hidup mereka. Menurut Yeung Ching-ching,
“Awalnya, saya hanya menggunakan Alipay untuk membeli belah di Taobao. Tetapi kini ianya digunakan secara meluas dalam semua aspek kehidupan”.
Dia menggunakan kemudahan tersebut untuk memesan makanan, membeli tiket wayang dan penerbangan serta membuat pertukaran mata wang asing. Malah Alipay turut menawarkan kemudahan membuat temu janji bersama doktor secara atas talian.
Walaupun begitu, mereka yang menggunakan sistem ini mungkin perlu mengorbankan sedikit privasi mereka kerana sistem ini memerlukan perkongsian data peribadi yang meluas bagi memastikan keberkesanan prosesnya. Maklumat itu turut meliputi tabiat perbelanjaan, geolokasi, rekod kewangan dan rekod rawatan pengguna.
“Berapa lamakah mereka menyimpan data tersebut, sama ada data ini dikongsi dengan pihak ketiga ataupun sesiapa sahaja, ianya tidak pernah dijelaskan” ujar Eric Fan Kin-man, pemangku Pengawal Maklumat dari Persekutuan Teknologi Maklumat Hong Kong.
Hong Kong mempunyai undang-undang yang menghalang pembekal aplikasi telefon pintar daripada memungut maklumat peribadi dan berkongsi maklumat tersebut dengan pihak ketiga tanpa keizinan daripada pengguna. Namun di China, tiada undang-undang yang diperuntukkan bagi menangani hal tersebut.
Hingga kini, Alipay dan Wechat Pay tidak pernah mendedahkan berapa banyak permintaan daripada kerajaan China bagi mendedahkan maklumat tersebut termasuk jumlah maklumat yang sudah pun didedahkan.
Namun, mereka yang menggunakan sistem tersebut tidak begitu mengambil berat hal tersebut.
Kata Yeung, “ Mereka mengumpul data, sama seperti aplikasi muzik yang mengesyorkan senarai lagu berdasarkan lagu yang biasa didengar”
“Saya tidak pernah memikirkan sama ada mereka menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan lain. Alipay seperti sebuah bank, yang mana turut menyimpan pelbagai maklumat mengenai tabiat pelanggannya.”
Selain itu, sistem ini turut memberikan pulangan yang besar kepada ekonomi China. Jumlah pembayaran yang dibuat melalui pihak ketiga ini pada tahun lepas telah mencecah 38 trilion yuan (USD 5.76 trilion), berdasarkan laporan sebuah firma perundingan kajian internet di China. Jumlah yang besar ini telah mendorong kerajaan China mengarahkan semua pembayaran dilakukan semula melalui pusat penjelasan kewangan yang baru ditubuhkan Bank Pusat China.
Sumber : South China Morning Post
b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G, yukk buruan.. :)
BalasPadammari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
BalasPadamsilakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
Swin888.blogspot.com
BalasPadamWechat / whatsapp
Bit.ly/60133026666
011-2611-9352
014-322-7846
SWIN888 SENANG DAPAT ANGPAO & JACKPOT.
#SCR888 ->>> Fairy Garden
#LPE88 --->>> Azteca
#JOKER123 --->>> Huga
#GW99 ---->>> Aladdin
#SKY777 -->>> Double Ultimate
#sky99 --->>> God of wealth
- WELCOME BONUS 30%
- DAILY BONUS 10%
- REFER BONUS 20%
- 100% TRUSTED #BESMART
- 24 JAM MASA CUCI/
TOPUP
- MININAL TOPUP Myr10.
- HARI HARI JACKPOT
- LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCF7oiXFOTBVGvI3h7J2qqqw
Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
BalasPadamdimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||