Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Betul Ker Suami Tak Ada Feel Semasa 'Bersama' Selepas Saluran Peranakan Diikat? Ikuti Penjelasan Pakar Ini

5 Sep 2017

Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah pasti inginkan cahaya mata. Namun bagaimana pula dengan pasangan yang sudah miliki cahaya mata dan ingin merancang keluarga? Anak yang ramai itu adalah rezeki tetapi pada ekonomi sekarang ini, sudah pasti agak sukar bukan?

Tahukah anda akan BTL (Bilateral Tubal Ligation) atau bahasa kampungnya IKAT adalah salah satu cara merancang keluarga.  Ramai pihak menyatakan takut untuk ikat kerana bila sudah ikat sudah tidak sensasi seperti dulu. Ikuti perkongsian info daripada seorang jururawat Bel Nawhen mengenai BTL, dan kesan jika tida merancang keluarga dengan sempurna.

*****
Seseorang pernah berbisik kepada saya menanyakan soalan berkaitan BTL (Bilateral Tubal Ligation) atau IKAT.

"Adik, awak misi kan. Akak nak tanya. Betul ke kalau ikat, muda2 lagi ni nanti hat bawah tu kering. Nak bersama takde feel. Nanti suami tinggal". Terkedu juga saya dengan soalannya.

Rata-rata mereka yang pernah melakukan procedure itu TIDAK pernah pula complain perkara yang sama. Malahan hubungan suami isteri ada yang bertambah erat kerana tidak perlu lagi gusar terexcident sampai mengandung. Nak2 diusia yang dikategorikan bahaya jika hamil.

BTL ini hanya satu procedure mengikat salur peranakan agar tidak berlaku persenyawaan antara sperma dengan ovum yang boleh menyebabkan kehamilan. BTL merupakan kaedah memotong, mengikat atau memutuskan tiub fallopian dari bersambung dengan rahim. Ia dilakukan sama ada bersama dengan procedure Caesarean atau secara laparoscopic (insisi kecil dengan procedure dimonitor melalui screen monitor) dan procedure dilakukan menggunakan alatan khas.


Sebab untuk BTL:
• Tidak mahukan zuriat atau sudah complete family sebagai contoh pasangan yang telah lengkap keluarganya terutama ibu berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 anak.

• Atas sebab perubatan/kesihatan seperti selepas 2 pembedahan caesarean sebelumnya.

• Grandmultipara (kehamilan yang banyak) dengan sejarah kehamilan semasa kandungan lepas seperti pregnancy induced hypertension (PIH), sakit jantung, kencing manis yang memerlukan suntikan insulin dan lain-lain.

• Ibu yang sentiasa mendapat komplikasi selepas bersalin seperti postpartum hemorrhage,retained placenta dan lain-lain.

** Alasan untuk melakukan BTL kerana letih dan penat menguruskan rumahtangga bukanlah alasan yang boleh diterima.

** BTL BOLEH dilakukan serentak dengan pembedahan melahirkan.

** BTL memerlukan persetujuan kedua-dua pihak. Kerana isteri TIDAK boleh hamil lagi dengan 99% keberkesanan.

** Suami dan isteri perlu menandatangani borang persetujuan pemandulan sebelum procedure dibuat.
Boleh rujuk  Fatwa Berkaitan Kemandulan



Ada beberapa kaedah untuk merancang antaranya:
1) Teknik azal iaitu tarik keluar dan memancutkan air mani diluar.

2) Menggunakan kondom.

3) Penggunaan pil perancang keluarga yang dibekalkan oleh klinik kesihatan atau dibeli di farmasi
berdaftar. Perlu patuh kepada cycle pengambilan ubatan.

4) Injection Depo Provera yang perlu diambil setiap 3 bulan.
• Ia mengandungi hormon progesterone.
• Fungsi tambah kepekatan lendir serviks dan dapat cegah kehamilan.

5) Alat Perancang dalam rahim, IUD (Intra Uterine Device).
• Sejenis alat yang berbentuk T.
• Dimasukkan di bahagian rahim.
• Mempunyai tempoh masa tertentu 3tahun atau 5tahun.

6) Implanon.
• Ia akan ditanam dibawah kulit untuk tempoh masa 3tahun atau 5 tahun.

Antara kesan tidak merancang keluarga dengan sempurna:
1. Gangguan Psikologi pada ibu, bila ibu itu tidak BERSEDIA untuk hamil dalam tempoh terdekat.

2. Ibu berisiko untuk mendapat anemia apabila menjalani proses bersalin yang kerap dan menyebabkan kehilangan darah yang banyak.

3. Prolaps Uterus ataupun rahim jatuh. Keadaan ini boleh mengganggu organ lain seperti pundi kencing, usus besar dan faraj. Masalah rahim jatuh ini ada dikaitkan dengan bilangan kelahiran seseorang. Semakin kerap melahirkan bayi, semakin tinggi risiko ibu menghadapi keadaan ini. Rujukan-NCBI

4. Menjejaskan Tulang bilamana bayi dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses tumbesaran.
• Bayi akan mengambil kalsium daripada ibu dengan ini keperluan kalsium ibu hamil sangat tinggi berbanding biasa.
• Begitu juga selepas melahirkan, ibu memerlukan kalsium yang tinggi untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Jadi, jika ibu kurang mengambil kalsium, dia berisiko untuk mendapat masalah tulang.

Bayangkan kalau ibu itu mengandung rapat?

5. Hormon tak seimbang disebabkan jarak kehamilan yang rapat. Ketidakseimbangan kandungan hormon terutama estrogen di dalam badan akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.
** Estrogen penting untuk penyerapan kalsium.
** Gangguan pada hormon pula akan mengganggu struktur tulang.

6. Masalah rahim pecah pula terjadi pada ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean dan mengandung lagi dalam tempoh terdekat.
• Ibu berisiko tinggi untuk menghadapi masalah uterine rupture atau rahim pecah.
** Kebarangkaliannya adalah kecil tetapi jika berlaku ia boleh memberi kesan buruk kepada ibu dan bayi, malah boleh meragut nyawa keduanya.

Oleh itu:
• BTL menyebabkan miss V kering merupakan #mitos.
• BTL mengurangkan performance anda sebagai isteri juga merupakan #mitoskelaut.
• Jika hubungan intim anda terganggu, jumpa doktor bagi mendapatkan penyelesaian.
• Perubahan emosi selepas pemandulan merupakan reaksi hormon yang selepas procedure. Rujuk doktor bagi penerangan lanjut.
• Keputusan bagi pemandulan merupakan keputusan kedua2 pihak. Maka kedua-dua perlu bertanggungjawab.

Nota kaki:
Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata orang. Kewanitaan kita bukan bergantung kepada rahim yang sihat atau fungsi kewanitaan yang hebat.

Sumber-Bel Nawhen
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "