Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Serpihan Dari Sayap Pesawat KLM Seberat 4.3kg Jatuh Hempap Sebuah Kereta

25 Sep 2017

TOKYO: Sekeping panel seberat 4.3 kilogram dari sebuah pesawat terjatuh sehingga memecahkan tingkap sebuah kereta yang sedang melalui sebuah jalan raya.

Menurut media NHK, tiada kecederaan dilaporkan namun pihak berkuasa penerbangan akan menghantar pegawai keselamatan ke bandar Osaka barat untuk menyiasat kejadian itu.

NHK melaporkan, panel tersebut menyebabkan bumbung dan tingkap kenderaan itu rosak.
Menurut Kyodo News, panel sepanjang 0.6 meter dan satu meter lebar itu dibuat daripada bahan komposit dan tercabut dari sayap kanan pesawat berkenaan.


Kejadian itu berlaku sejurus pesawat KLM Royal Dutch Airlines Boeing 777 yang membawa 321 penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai menuju ke Amsterdam pada Sabtu lalu dan dipercayai terjatuh pada ketinggian sekurang-kurangnya 2,400 meter dari paras laut.

Sementara itu, KLM melaporkan pesawat itu telah mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam pada tengah hari Sabtu.

Sumber: Japan Times
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "