Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Tidak Pernah Mendengar Aplikasi Bigo. Sekarang Saya Tahu, Dan Saya Menyesal" - Fatiha Latiff

20 Sep 2017
No Comment

Tarian seksi seorang wanita seiras pelakon Fathia Latiff sehingga turut memburukan nama artis tersebut. Dalam video tersebut  turut disertai oleh pelakon baru Natasha Elyzza.

Sehingga hari ini, Natasha masih lagi menafikan wanita di dalam video tersebut adalah Fathia dan Tasha yang bersiaran secara langsung di aplikasi Bigo Live.

Walau bagaimanapun seorang wanita dari Singapura, Afiera Riana mengaku bahawa dia adalah wanita di dalam video menari ghairah yang tersebar itu (pengakuan bermula minit ke 10.20).


Apa yang menimbulkan tanda tanya, video sebelum ini Natasha memanggil wanita yang sedang menari ghairah sehingga menampakkan sebahagian daripada buah dada itu tersebut sebagai Kak Ya, berbeza dengan nama Afiera Riana.

Sementara itu, Fathia menjelaskan kepada portal New Straits Time bahawa dia adalah individu yang terdapat di dalam video tersebut namun mengakui kesal dengan apa yang telah terjadi.

“Itu memang saya. Saya dan rakan-rakan meluangkan masa bersama di sebuah villa. Sesi menari itu berlaku dalam bilik air villa tersebut dan hanya ada rakan wanita sahaja. Pastinya saya malu dengan apa yang terjadi”

“Siapa je yang waras sanggup tayang sebahagian tubuh badan untuk tunjuk pada satu dunia,” jelasnya kepada portal berita tersebut.

"Saya tidak pernah mendengar aplikasi Bigo sebelum ini. Sekarang saya tahu, dan saya menyesal," katanya.

Fathia juga turut menyatakan hasratnya untuk membuat live tidak lama lagi di media sosial untuk bersihkan namanya.

Apa saja kontroversi yang melibatkan selebriti tanah air ini biasanya hanya sebulan dua dan masyarakat mula melupakannya.


Sumber - RotikayaThe New Straits Times
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "