Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Sudah Jangka Akan Hilang Insan Tersayang Selepas Mimpi Nampak Kanak-Kanak Rentung Dua Hari Sebelum Kejadian

20 Sep 2017

“Saya tenang kerana saya tahu dia sudah selamat di syurga Allah. Saya bangga dengan dia.”

Itulah ungkapan ibu kepada pelajar tahfiz, Muhammad Daniel Md Amin, 14, yang maut dalam insiden kebakaran pusat tahfiz pada Khamis lalu. Muhammad Daniel adalah salah seorang daripada jenazah 21 orang pelajar tahfiz yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Batu Caves.

Surianty Mohamed, 39, kelihatan tenang bercerita mengenai anak sulungnya itu ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bunut Payong, Kota Bharu. Ujarnya, dia yang mengharapkan anaknya itu menjadi pembimbing keluarga tidak merasa ralat dengan kehilangan Muhammad Daniel kerana tahu darjat anaknya sudah diangkat Allah SWT.

Malah, Surianty gembira apabila anaknya itu sempat menyampaikan khabar kepadanya bahawa dia sudah menghafal 6 juzuk Al-Quran walaupun arwah tidak sempat memperdengar bacaan ayat itu kepadanya.

"Kelazimannya, apabila dia pulang ke sini (Kota Bharu) dia akan minta saya dengar bacaan al-Quran yang sudah dihafaznya dan dalam panggilan telefon terakhir kami sebelum kejadian itu berlaku, dia ada beritahu saya sudah dapat menghafaz juzuk keenam.

"Suaranya seperti biasa, gembira beritahu sudah dapat menghafaz selain berkata: "Umi nanti abang balik, umi dengar bacaan abang dan betulkan jika ada salah”.

"Malangnya, saya tidak sempat dengar bacaan itu. Saya reda dan tidak ada apa yang saya ralatkan lagi kerana dia sudah selamat di sisi Allah SWT. Alhamdulillah. Malah sebelum dia dikebumikan, saya sempat mengucup wajahnya sebanyak tiga kali," katanya.

Surianty ketika mengimbas tragedi itu berkata, dia sudah dapat mengagak bahawa akan kehilangan insan yang disayanginya apabila mendapat mimpi akan melakukan kenduri besar-besaran kira-kira dua minggu sebelum kejadian.

Kemudian, dua hari sebelum kejadian, dia turut mendapat mimpi melihat mayat kanak-kanak rentung, selain terbaring di depannya.

"Saya memang kerap dapat petanda dalam mimpi seperti mimpi kenduri besar-besaran itu, selalunya membawa kepada kematian dalam kalangan keluarga atau orang terdekat.

"Dua minggu sebelum itu, saya alami mimpi sama begitu selama tiga kali. Kemudian mimpi terakhir adalah melihat mayat kanak-kanak rentung terbaring di hadapan saya pada malam Selasa.

"Pada 9 pagi Khamis, kakak angkat yang tinggal di Kuala Lumpur menelefon minta tengok berita di televisyen mengenai pusat tahfiz arwah yang terbakar. Ketika itu hati saya sudah terdetik, anak saya meninggal dunia walaupun masih belum dimaklumkan statusnya.

"Saya sudah mengagaknya kerana rasa tidak sedap hati dan mimpi-mimpi berkenaan," katanya yang berhajat melakukan kenduri tahlil untuk arwah di tiga pusat tahfiz di Kota Bharu dalam masa terdekat.

Pusat Tahfiz Quran Itttifaqiyah terbakar pada Khamis lalu dipercayai akibat perbuatan khianat menyebabkan 23 orang maut termasuk 2 orang guru.

Muhammad Daniel dan 10 orang lagi mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Batu Caves, 9 orang lagi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang; Taman Kosas; Dato Keramat; Taman Medan, Jalan Klang Lama; Bukit Kuari, Cheras dan Puchong.

Manakala 3 lagi masing-masing dikebumikan di Negeri Sembilan, Kelantan dan Perak.

Sumber : myMetro

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "