Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Tidak Boleh Bagitahu," Anak-Anak Tahfiz Terselamat Kebakaran Ditempatkan Di Lokasi Rahsia

16 Sep 2017
3 ulasan

Pelajar-pelajar tahfiz yang terselamat dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini, ditempatkan di satu lokasi rahsia, lapor Berita Harian.

Menurut Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah, Muhammad Zahid Mahmod, semua pelajar ini tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing di mana mereka telah diberi arahan untuk tinggal di satu lokasi rahsia buat sementara waktu.

Beliau menyatakan tidakan itu diambil bagi melindungi mangsa diganggu dan didekati pihak tertentu.

Jawapan yang diberikannya ketika ditanya lokasi mangsa-mangsa terselamat  itu dan berapa jumlah mangsa terselamat, beliau hanya menjawab "ia rahsia".

"Saya telah diberi arahan daripada Ketua Polis Negara dan pihak autoriti lain supaya tidak mengulas lanjut berhubung insiden kebakaran ini," katanya ketika ditemui di perkarangan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini, hari ini.

Muhammad Zahid dalam pada itu turut menafikan bahawa ada pihak yang memusuhi pihaknya sehingga menjadi ancaman kepada pusat tahfiz berkenaan.

"Sepanjang 16 tahun pusat tahfiz itu dibuka, tidak pernah sekali pun berlaku insiden yang pelik."

"Tragedi kebakaran ini sesuatu yang berlaku tiba-tiba dan mengejutkan. Saya tak boleh ulas lanjut," katanya. - Siakapkeli.my

BACA: (Video) Kami Selamatkan Diri Terjun Ikut Tingkap - Mangsa

BACA: "Bayi Itu Dihulur Kepada Saya", Mangsa Terselamat Kongsi Detik Selamatkan Bayi Guru Tahfiz
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Admin...numpang promo yaa
    F*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g agen situs b0la online teraman dan terpercaya :)
    yuk di add 5EE80AFE

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "