Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Okay," Jawapan Anggota Polis Berhenti Di Lorong Kecemasan Kepada Peronda PLUS Sebelum Ditemui Meninggal Dunia

11 Sep 2017

Seorang anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu ditemui meninggal dunia pada jam 5 petang hari ini, di dalam MPVnya  di Kilometer 70.8 Lebuh raya PLUS, arah utara.

Punca kematian dipercayai akibat ketumbuhan di kepala yang dihadapinya.

Menurut Ketua Polis Daerah Pendang Deputi Superintendan Fadzil Hashim, pihaknya menerima laporan penemuan mayat seorang lelaki di dalam MPV Naza Citra pada jam 5 petang daripada peronda PLUS.

Hasil siasatan pada kad pengenalan mendapati mangsa, Marzuki Ab Bakar,52, adalah anggota trafik berpangkat Sarjan, tambahnya.

Sebelum kejadian, peronda PLUS ternampak mangsa berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 70.8 arah utara.

"Anggota peronda melihat kenderaan mangsa di lorong kecemasan lalu mereka berhenti untuk memberi bantuan."

"Menurut mereka terdapat seorang lelaki berada dalam kereta terbabit dan sedang muntah-muntah."

"Bagaimanapun, apabila peronda PLUS bertanyakan keadaannya, lelaki itu menjawab 'saya okay' lalu peronda PLUS meneruskan rondaan," katanya dihubungi hari ini.

Sebaik saja peronda PLUs berpatah balik, MPV terbabit masih di lokasi yang sama dan mereka menghampirinya dan mendapati lelaki tersebut telah meninggal dunia.

Hasil siasatan mendapati arwah mempunyai masalah kesihatan iaitu mengalami ketumbuhan di kepala dan sedang menjalani rawatan hospital.

"Jenazah beliau diserahkan kepada ahli keluarganya di Kulim untuk urusan pengebumian pada pagi esok," katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G agen nya game bola online teraman..
    Add yuk 5EE80AFE :)

    BalasPadam
  2. Halo,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel untuk memohon dan mendapatkan pinjaman segera: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "