Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bau Busuk Mi Segera Undang Tragedi Berdarah, Lelaki Maut Ditikam Jiran

11 Sep 2017

Setiap daripada kita pasti pernah menikmati mi segera kan? Dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan di pasaran, selain mudah untuk disediakan, mi segera ibarat makanan ruji kepada pencinta tegar makanan tersebut.

Tapi pasti tiada sesiapa pun yang akan menyangka mi segera boleh mengundang tragedi berdarah kan? Itulah yang berlaku di negara jiran kita, Thailand apabila seorang lelaki terbunuh dan tiga lagi tercedera gara-gara mi segera.

Somchai Klinhom, 47 maut ditikam oleh jirannya di Khan Nayao, Bangkok pada jam 11.45 pagi akibat bau mi segera yang dimasak terlalu busuk.

Menurut kenyataan pihak polis, Somcahai dan jirannya kerap bergaduh sebelum ini. Pada Khamis lalu, Somchai dan jirannya bergaduh sekali lagi berhubung bau  mi segera yang dimasak oleh adik Somchai. Namun kes itu telah diselesaikan di Balai Polis Khan Nayao.

Jiran Somchai sekali lagi tidak berpuas hati dan pertengkaran berlaku pada Jumaat selepasnya. Kali ini, dia menjerit ke arah ibu mereka, lalu menyebabkan ketiga-tiga mereka masuk ke dalam rumahnya dan menyerang Somchai hingga terbunuh.

Pihak polis berjaya menemui sebilah pisau yang direndam dan tongkat kayu di tempat kejadian, manakala jiran Somchai yang tercedera pula dikejarkan ke hospital.

Sumber : Astro Awani

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G agen nya game bola online teraman..
    Add yuk 5EE80AFE :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "