"Saya Ke Mahkamah Sebelum Pergi Umrah Bukan Atas Urusan Pengesahan Jantina," Sajat Terkejut Peribadinya Diserang Sampai Begini
Bagi menunaikan nazar di atas kejayaan dalam bidang perniagaannya, usahawan kosmetik popular, Nur Sajat bakal menjalani ibadah umrah pada Disember ini bersama keluarganya.
Sajat merancang untuk bertolak ke Tanah Suci pada Julai lalu tetapi terpaksa ditangguhkan ke hujung tahun ini diatas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.
Menurut Sajat, terdapat masalah insolvensi di pihak keluarganya yang perlu diselesaikan selain dari faktor kesihatan bapanya yang perlu menjalani rawatan mata pada ketika itu.
Sementara itu, urusan berikutan hal insolvensi memerlukan pihak keluarga Sajat untuk ke mahkamah bagi menjalani proses tertentu. Bagaimanpun timbul desas desus dakwaaan kononnya usahawan itu berurusan di badan kehakiman itu bagi membuat permohonan berhubung pengesahan jantinanya sebagai wanita.
Pada awalnya Sajat kelihatan terkejut dengan dakwaan yang diterimanya itu tetapi dia kelihatan tenang dan menafikan khabar angin tersebut.
“Buktikan mahkamah mana saya pergi? Kenapa saya nak pergi umrah sampai nak dapatkan perintah mahkamah? Macam saya ni penjenayah pula.
“Saya pergi umrah bukan kerana orang lain tetapi kerana Allah. Bagi saya (dakwaan itu) mengarut dan berbaur fitnah. Sepatutnya mereka mendoakan yang baik-baik, bukan mempersoalkannya,” katanya kepada mStar Online.
Berikutan isu kekeliruan sesetengah netizen mengenai status jantinanya, Sajat menjelaskan bahawa perkara tersebut tidak perlu untuk dibangkitkan lagi.
“Kenapa masih keliru? Yang pergi sana tu adalah saya. Bukan nak buktikan saya wanita tetapi nak pergi umrah kerana Allah.
“Saya tak ada pun nak pergi mahkamah untuk urusan tukar jantina saya. Saya pun tak tahu kenapa mereka cerita hal peribadi sampai macam tu sekali,” katanya.
Jelas Sajat, dia tidak mengambil pusing terhadap tanggapan netizen kerana niatnya mahu membawa keluarganya ke Tanah Suci selain menunaikan nazar.
“Orang nak ‘judge’ saya macam-macam, saya tak ambil peduli kerana saya tahu nak pergi sana untuk jumpa Pencipta saya.
“Tak kisahlah mereka nak menafikan ke mengata ke pasal diri saya, itu hak mereka. Bagi saya, itu antara diri saya dengan Allah,” katanya.
Dalam pada itu, Sajat berasa teruja dan berharap diberikan ketenangan untuk membawa keluarga menunaikan umrah.
“Saya sebelum ni dah bernazar untuk bawa keluarga terutama ibu bapa saya apabila perniagaan saya sudah sampai ke satu tahap seperti sekarang,” katanya.
Sumber- mStar Online
segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
BalasPadamdan menangkan hadiah menariknya