Kuala Lumpur, 24 Sep - Personaliti terkenal negara, Datuk Mahadzir Lokman, 60, kini berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Malaya Petaling Jaya.
Utusan Online melaporkan, adik beliau, Danial Lokman, berkata abangnya itu dibawa ke hospital awal pagi tadi selepas tidak sedarkan diri.
“Doktor memberitahu abang saya berada dalam keadaan kritikal. Paru-parunya dijangkiti kuman,” katanya.
Daniel sehubungan itu memohon kepada semua kenalan abangnya untuk mendoakan kesejahteraan pengacara tersohor negara itu.
Beliau juga akan memaklumkan perkembangan terkini Mahadzir dari semasa ke semasa.
Mahadzir Lokman merupakan personaliti hiburan yang popular di negara ini yang terkenal dengan suara dan inotasi suaranya yang unik.
Sumber: Utusan Online
mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
BalasPadam