Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penduduk Dakwa Tentera Myanmar Bunuh Dan Tindas Semua Etnik Rohingya Termasuk Bayi Tanpa Belas Kasihan

7 Sep 2017

Bermula daripada tahun 2012 dimana berlakunya rusuhan kaum yang memuncak di wilayah Arakan, Myanmar. Maka bermulalah kisah pelarian-pelarian kaum Rohingya dari wilayah tersebut kerana bimbang menjadi mangsa kekejaman.

Pada tahun 2017 ini, siaran melalui berita ataupun mana-mana laman media sosial yang dipaparkan kaum malang yang dihalau dari tanah sendiri ini masih lagi dikejami oleh rakyat Myanmar malah pihak tentera dan polis juga turut terlibat dalam kekejaman terhadap etnik ini.

Penglibatan tentera dan polis dalam penindasan etnik Rohingya ini adalah demi penghapusan kaum Rohingya di bumi Myanmar.

Walaupun penindasan ini telah lama berlaku tetapi jarang sekali kita mendengar kisah-kisah sedih mereka. Mata dan telinga seluruh masyarakat dunia seakan-akan diikat oleh satu kain penghalang yang sukar untuk dilepaskan.

Kaum Rohingya ini dipinggirkan seolah-olah tidak wujud di muka bumi ini. Ya! Paras rupa mereka tidak seperti lelaki dan wanita yang hensem atau cantik di luar sana. Tapi apakah paras rupa itu menjadi penghalang kepada kita untuk meminggirkan kaum Rohingya ini.


Mereka juga mempunyai hak untuk mendapat perhatian serta balas kasihan seperti manusia biasa.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kaum Rohingya merupakan etnik minoriti yang menghadapi penindasan yang paling teruk di dunia.

Pembunuhan dan penindasan dilakukan oleh tentera Myanmar tidak mengira jantina sehinggakan bayi yang tidak berdosa juga menjadi mangsa.

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Al-Jazeera, Kerajaan Myanmar melaporkan lebih 100 individu terbunuh termasuk pasukan keselamatan dalam serangan pada 25 Ogos lalu.

BACA: Puluhan Warga Rohingya Maut Akibat Tongkang Terbalik Di Bangladesh

Namun, jumlah kematian itu dinafikan oleh penduduk Rohingya yang terselamat dalam serangan tersebut.

Penafian daripada penduduk Rohingya tersebut kerana sekurang-kurangnya 800 orang termasuk wanita dan kanak-kanak dibunuh dengan kejam.

Salah seorang penduduk Rohingya yang terselamat dalam serangan tersebut Aziz Khan, memberitahu bahawa tentera melakukan serangan di kampungnya tanpa belas kasihan dengan menyasarkan rumah penduduk.



“Pasukan keselamatan kerajaan membunuh sekurang-kurangnya 11 penduduk di kampung saya. Apabila mereka tiba, mereka terus melakukan tembakan ke arah objek yang bergerak. Sebahagian askar juga melakukan serangan dengan melakukan pembakaran.

"Wanita dan kanak-kanak antara yang terbunuh. Tidak kecuali juga dengan bayi," katanya.

Rakyat Rohingya yang tinggal di Buthidaung dan Rathedaung seramai hampir 800,000 terpaksa berkurung bermula 6 petang hingga 6 pagi kerana pasukan tentera Myanmar mengisytiharkan perang terhadap Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (Arsa).





Video by Press TV

Sumber : Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "