Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemandu Hilux Langgar Lari Atlet Berbasikal Ditahan Polis

8 Sep 2017
No Comment

Pemandu kereta Hilux yang dipercayai melanggar lari empat atlet berbasikal Malaysia termasuk dua atlet Para ASEAN dan ketua jurulatih di Kml 2.6 Lebuh Raya Kuala Lumpur- Kuala Selangor (LATAR) telah ditahan kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

BACA: Polis Buru Pemandu Hilux Langgar Lari Empat Atlet Berbasikal Paralimpik Negara

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superitendan Ruslan Abdullah, lelaki berumur 46 tahun itu dikesan apabila dia dipercayai membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Baru Subang pada pukul 3 petang.


"Lelaki itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Selangor untuk melakukan ujian air kencing dan dirakam percakapan bagi siasatan lanjut. Insiden berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Suspek juga mungkin akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Selangor esok," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelumnya, mangsa yang terlibat sedang menjalani latihan persediaan bagi menghdapi temasya Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 23 September ini sebelum dirempuh dan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan selain dua daripada mangsa iaitu Mohd Nor Rizual mengalami patah pada bahagian tulang belakang manakala Muhammad Nur Syafiq pula patah kaki kanan.


Kenyataan itu turut mengingatkan orang ramai mengenai larangan berbasikal di lebuh raya sejajar dengan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

"Kami berharap kemalangan seumpamanya tidak berulang lagi dan kesemua pelumba negara yang terlibat akan selamat untuk meneruskan misi negara," demikian menurut kenyataan itu.

Sumber- Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "