Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nora Danish Sahkan Hamil Tiga Bulan

19 Sep 2017

Teka teki peminat mengenai Nora Danish yang dikatakan berbadan dua kini terjawab apabila pelakon itu mengesahkan dirinya hamil tiga bulan.

"Saya gembira dengan berita ini, ...suami lagilah bertambah teruja. Cuma pada peringkat awal dan atas nasihat doktor, saya tidak boleh terburu-buru.

"Pada usia saya sekarang, apa saja boleh terjadi. Saya kena lebih berhati-hati dan atas nasihat doktor serta suami, kerja seni terpaksa diperlahankan.

"Tumpuan saya sekarang lebih kepada menjaga kandungan dalam perut ini," katanya.

Jika sebelum ini peminat membuat spekulasi mengenai kehamilan pelakon itu, selepas melihat foto Nora menghadiri majlis pernikahan teman baik dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran Engku Zainal Abidin yang dikongsi di laman sosial.

Nora jelas kelihatan sedikit berisi di dalam gambar tersebut.

Menurut pengusaha label fesyen Owl By ND ini, suaminya Nedim Nazri, sangat gembira.

"Sekalipun saya dan suami sudah mempunyai pengalaman memiliki anak, keterujaan itu jadi berbeza. Malah, ini menjadi tanda cinta saya dan suami.

"Nampaknya impian Rayqal hendak ada adik akhirnya dipermudahkan. Sebelum ini pun, dialah yang begitu mahu saya berikan adik," katanya.

Sebelum ini, Nora, 35, mempunyai seorang anak hasil perkahwinan lalu iaitu Putra Rayqal Rizal Ashram, dan telah bernikah dengan Nedim pada 30 Mac lalu.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "