Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak Lelaki 2 Tahun Maut Selepas Terkena 67 Sengatan Tebuan

19 Sep 2017
2 ulasan
                                                              Foto: Harian Metro

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas terkena 67 sengatan tebuan di Kampung Padang, Kuantan, semalam.

Insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika mangsa, Khaleef Eusoff dikatakan sedang bermain diluar rumahnya sebelum menghampiri kawasan sarang tebuan yang berada kira-kira 10 meter dari luar kawasan rumahnya.

Bapa mangsa, Raafiee Abdul Rahim, 39, berkata, ketika kejadian anaknya itu bermain berhampiran dengannya yang sedang berkebun sebelum dia dikejutkan dengan jeritan dan tangisan anaknya yang badannya telah dipenuhi dengan haiwan berbisa tersebut.

"Saya segera menarik dan membersihkan badannya hingga saya turut disengat tebuan sebelum kami membawanya ke Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

"Saya dan isteri kemudian membawa anak kami ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kerana hospital itu mempunyai kemudahan yang lengkap untuk merawat Khaleef," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurut Raafiee, anaknya disahkan meninggal dunia sekitar pukul 8 pagi semalam akibat dari kandungan toksik yang terlalu tinggi didalam darah hingga menggagalkan sistem organ dalaman lain untuk berfungsi.

Jenazah Khaleef selamat dikebumikan pada jam 2.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah dimaklumkan oleh pihak Raafiee untuk melakukan kerja pembersihan dan memusnahkan kawasan sarang tebuan itu.

Jelas Raafiee, dia menyedari kewujudan sarang tebuan itu sejak beberapa hari lalu. Sarang tebuan tersebut terletak di kawasan tong drum yang ditinggalkannya di luar kawasan rumah.

"Saya reda dengan apa yang berlaku walaupun masih terbayang keadaan Khaleef yang meraung kesakitan ketika saya memangkunya dan membawa dia ke hospital.

"Ketika di hospital dia masih dalam keadaan sedar dan boleh bercakap sebelum keadaannya menjadi kritikal pada tengah malam semalam sebelum meninggal dunia," akhirnya.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. yuk.. gabung di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g dan menangkan hadiah menariknya

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "