Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mari Kita Sama-Sama Fahami Kenapa Harga Minyak Dunia Turun Dan Harga Minyak Malaysia Naik

8 Sep 2017

Beberapa hari lepas, harga minyak dunia turun tetapi harga minyak dalam Malaysia pula naik. Pasti ramai di antara kita beranggapan harga minyak Malaysia sepatutnya turun bukan? Tapi apabila harga minyak di Malaysia naik ramai diantara kita berasa tidak puas.

Ramai yang kurang fasih dan faham bagaimana minyak dunia dan minyak di Malaysia dikira oleh itu, ikuti perkongsian ilmu daripada Syahir bagaimana untuk mengira harga minyak sebenarnya. Mungkin sedikit sebanyak mampu buat kita faham kenapa harga minyak naik dan turun.


HARGA MINYAK DUNIA TURUN, HARGA MINYAK MALAYSIA NAIK

Selepas harga RON95 meningkat sejumlah 4 sen daripada RM2.16 kepada RM2.20 liter bermula tengah malam semalam saya ada terbaca status dan tweet di Facebook dan Twitter seperti di bawah.



Di pasaran minyak antarabangsa, harga minyak mentah Brent "merosot" 19 cent kepada AS$53.19 setong, tapi di Malaysia?

Status seperti ini menunjukkan betapa rendahnya pemahaman rakyat Malaysia tentang kaedah pengiraan harga minyak runcit di sini.

Mereka membaca berita tentang harga minyak antarabangsa yang jatuh sedikit untuk satu hari kemudian membuat kesimpulan harga minyak minggu ini perlu turun.


Sudah 5 bulan harga runcit petrol dan diesel ditetapkan secara mingguan. Sepatutnya semua sudah tahu bagaimana harga runcit ini ditetapkan setiap minggu. Saya pernah tulis bagaimana harga minyak Malaysia ditetapkan di bawah Automatic Pricing Mechanism semasa harga ditetapkan secara bulanan.

Mungkin sudah tiba masanya saya terangkan bagaimana harga minyak ditetapkan secara mingguan walaupun formulanya tetap sama, untuk mengelakkan kekeliruan saya tunjuk cara pengiraannya.
Harga runcit petrol dan diesel di Malaysia ditetapkan melalui ditetapkan secara apungan terkawal mingguan sejak 30 Mac 2017.

Harga runcit petrol ditetapkan berdasarkan komponen-komponen iaitu:

1. Produk Petroleum

Untuk RON95, MOPS95 digunakan sebagai penanda aras harga produk minyak yang telah diproses. Ianya berbeza dengan harga minyak mentah yang belum diproses. Produk petroleum seperti MOPS95 adalah lebih mahal daripada harga minyak mentah seperti minyak mentah Brent.

Data harga MOPS95 adalah data yang hanya tersedia untuk mereka yang melanggan data tersebut, bermakna orang awam tiada akses kepada data tersebut. Walaubagaimanapun laman web seperti Australian Institute of Petroleum ada menunjukkan secara kasar pergerakan harga MOPS95. Dengan itu anggaran sama ada harga MOPS95 naik atau turun boleh dibuat dengan melihat carta yang disediakan.


2. Tukaran Matawang

Harga MOPS95 adalah dalam US Dollar. Untuk mendapatkan harga runcit dalam Ringgit, ianya perlu ditukarkan kepada Ringgit. Saya gunakan tukaran USD/MYR yang diambil di laman web Bank Negara Malaysia setiap hari pukul 5 petang.

3. Kos dan Margin

Kerajaan menetapkan kos tetap seperti kos operasi yang terdiri daripada kos pengangkutan (hantar minyak ke stesen) dan kos pemasaran sejumlah 9.54 sen seliter. Kerajaan juga menetapkan margin kepada stesen minyak sejumlah 5 sen seliter dan kepada pengusaha stesen minyak sejumlah 12.19 sen seliter. Terdapat juga kos Alpha sejumlah 5 sen iaitu kos perbezaan di antara harga sebenar produk petroleum dan harga MOPS95 yang diterbitkan.

Jumlah kos tetap = Alpha (5 sen) + Kos Operasi (9.54 sen) + Margin Keuntungan Syarikat Minyak (5 sen) + Margin Keuntungan Pengusaha Stesen Minyak (12.19 sen) = 31.73 sen setiap liter = 32 sen (selepas dibundarkan).

Contoh Pengiraan Harga Runcit

Saya ambil contoh harga semalam 6 September 2017. Harga MOPS95 adalah AS$71.070, tukaran USD/MYR = 4.2415.

Pertama untuk menukar harga setong kepada seliter, 71.070 perlu dibahagi dengan 158.99 (1 tong minyak = 158.99 liter minyak).

1 liter MOPS95 = 71.070/158.99 = AS$0.447

Kemudian untuk menentukan 1 liter MOPS95 dalam Ringgit perlulah didarabkan dengan tukaran matawang semalam 4.2415

1 liter MOPS95 (dalam RM) = AS$0.447 x 4.2415 = RM1.90

Untuk mendapatkan harga runcit RON95, kita tambah dengan kos tetap yang saya sebut di atas berjumlah 32 sen.

Harga Runcit RON95 pada 7 September 2017 = RM1.90 + RM0.32 = RM2.22 seliter.

RM2.22 adalah harga untuk semalam atau sehari sahaja. Di dalam penetapan harga minyak secara mingguan harga RON95 perlu dikira untuk tempoh 5 hari daripada hari Khamis sehingga hari Rabu minggu depannya (hari bekerja sahaja) kemudian dikira secara purata untuk 5 hari tersebut.

Dibawah adalah pengiraan harga minyak 2 minggu lepas dan minggu lepas.


Minggu sebelum Merdeka iaitu 24 Ogos sehingga 30 Ogos, purata harga RON95 adalah RM2.16 berbanding harga yang ditetapkan pada minggu sebelumnya iaitu RM2.15. Maka harga RON95 pun dinaikkan 1 sen. Minggu lepas (31 Ogos - 6 September) purata harga RON95 adalah RM2.22 dan harga yang ditetapkan adalah RM2.20.

Sebagai rumusan, harga runcit petrol ditetapkan dengan harga purata 5 hari sebelumnya bukan ditetapkan mengikut pergerakan harga minyak harian atau satu hari sahaja. Katakan harga minyak pada hari Rabu turun, belum tentu purata harga 5 hari lebih rendah daripada minggu sebelumnya. Kata kuncinya, harga purata.


Dan sememangnya harga runcit petrol di Malaysia mengikut trend pergerakan harga minyak antarabangsa seperti carta di atas.

Berbalik kepada isu harga minyak antarabangsa turun, harga minyak Malaysia naik. Sekali lagi kita kena ambil harga purata minggu sebelumnya (5 hari sebelumnya). Yang dilaporkan Berita Harian sebagai merosot adalah harga satu hari bukannya harga purata 5 hari.

Benar harga minyak mentah Brent "merosot" 19 sen kepada AS$53.19 setong tetapi banyak yang tak sedar harga minyak mentah Brent pada awal minggu adalah sekitar AS$52.38 bermakna hari sebelum Brent merosot 19 sen, ianya meningkat hampir 1 dollar.


Kalau harga minyak mentah turun 1 sen pun, berita akan melaporkan ia sebagai "merosot" tanpa mengambil kira harga yang meningkat lebih banyak pada hari hari sebelumnya. Ambil contoh di atas, harga Brent "merosot" 0.78% pada 4 September, tetapi hari-hari sebelumnya iaitu 31 Ogos dan 1 September ianya telah pun meningkat 2.99% dan 0.71%.

Janganlah berita melaporkan harga minyak mentah turun sehari, kita terus anggap harga runcit petrol yang ditetapkan secara mingguan kena turun. Mesti ambil kira harga purata minggu tersebut. Ini perkara asas.

Saya harap sedikit sebanyak boleh fahamkan kekeliruan harga minyak dunia turun, harga minyak Malaysia naik. Kepada yang malas membaca tulisan panjang, boleh tonton video dibawah tentang cara pengiraan harga runcit minyak di Malaysia mengikut mekanisme APM.



Kita kena banyak membaca supaya tidak mudah tertipu, terpedaya dan terikut-ikut dengan apa yang orang lain cakap. Tidak salah jadi skeptik sebelum hadam berita atau post yang kita baca. Biar otak lebih laju daripada jari jangan jari lebih laju daripada otak.

Selamat membaca.

Sumber- Syahir
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 8 ulasan )
  1. Swin888.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    Bit.ly/60133026666
    011-2611-9352
    014-322-7846

    SWIN888 SENANG DAPAT ANGPAO & JACKPOT.
    #SCR888 ->>> Pay dirt
    #LPE88 --->>> A night Out
    #JOKER123 --->>> Robin Hood
    #GW99 ---->>> Tarzan
    #SKY777 -->>> Aqua cash
    #sky99 --->>> Thai paradise

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCF7oiXFOTBVGvI3h7J2qqqw

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. Panjangnya cerita, bagus penerangan. As a summary minyak naik sebab Ringgit jatuh atau lemah sebab segala urus niaga dlm USD. Itu jer... Kalau RM kekal @ RM 3 per USD 1, satu liter petrol takde le lbh dari RM2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni tipu je. Semenjak minyak di apungkan berapa kali minyak turun ? kalau turun berapa lama minyak turun? yang sebenarnya kerajaan dah takde idea nak kawal harga minyak bagi tak naik. kes minyak naik ni dari dulu lagi zaman dr Mahathir lagi. tapi time tu tak sekerap sekarang. ppaling teruk kes Zaman Abdullah badawi terus nnaik 70 sen. so bila zaman Najib best way nak ngelak rakyat marah di bagi alasan ikut pasaran terbuka....the truth is harga minyak TETAP NAIK!

      korang bayangkan. harga minyak dunia jatuh . harga minyak malaysia naik betul ? dibuatnya kalau perang dunia utk kali ke 3 meletus. (cth la) harga minyak konpem naik....korang rasa harga minyak malaysia lagi naik ke turun ????

      sepatutnya sebagai pemerintah yang di undi rakyat patut mereka yang pikirkan cara macam mana nak elakkan masalah kenaikan harga minyak ni. bukan senang senang terus ikut pasaran terbuka.

      Padam
  4. Halo,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel untuk memohon dan mendapatkan pinjaman segera: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    BalasPadam
  5. Saya mendapati cara pengiraan ini
    https://www.lookp.com/blog/petrol-price-formula

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "