Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mahadzir Lokman Dah Tak Perlu Guna Alat Bantuan Pernafasan Lagi

29 Sep 2017

Kuala Lumpur: Personaliti popular, Datuk Mahadzir Lokman tidak lagi berada dalam keadaan kritikal dan terus menunjukkan tindak balas positif apabila mampu bernafas sendiri.

Adiknya, Danial berkata, Mahadzir tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan tetapi masih dipantau secara teliti oleh doktor.

"Alhamdulillah, abang sudah boleh bernafas tanpa menggunakan bantuan alat pernafasan sejak semalam. Dia dapat memberi reaksi untuk berkomunikasi, namun masih lemah.

"Beliau juga boleh melakukan fisio ringan seperti dinasihatkan doktor. Jika kesihatan abang semakin baik, doktor menjelaskan dia boleh dipindahkan dari wad kecemasan ke wad biasa," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada BH Online.

Kebolehan Mahadzir bertutur dalam pelbagai bahasa termasuk Perancis, Sepanyol, Itali dan Portugis menyaksikan beliau sering diundang menjadi pengacara pelbagai acara bertaraf antarabangsa.

Beliau pernah dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh Kerajaan Perancis pada 2006 atas usaha mempromosi bahasa dan budaya negara berkenaan.

Mahadzir yang lebih mesra dengan panggilan Dale dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, Ahad lalu, namun memberikan tindak balas positif sejak Selasa lalu.

Sumber: Berita Harian

BACA: Personaliti, Datuk Mahadzir Lokman Kritikal di PPUM


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    dan menangkan hadiah menariknya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "