Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kantoi Dengan Bos Tak Pakai Tali Pinggang Keledar, Wanita Dihukum Lekat ke Dinding

29 Sep 2017

Hanya kerana tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu ke tempat kerja, seorang wanita di China dihukum dilekat pada dinding oleh majikannya.

Bunyinya mungkin agak kelakar, tapi itulah hakikat memalukan yang terpaksa dilalui oleh wanita tersebut setelah tersebarnya beberapa keping gambar menunjukkan dia dilekat dengan pita pelekat pada dinding pejabat.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya dilekat dengan beberapa lapisan pita pelekat berjalur kuning dan hitam.

Wanita itu dihukum selepas melanggar peraturan pejabat yang dikuatkuasakan oleh majikannya pada April lalu.

Beberapa rakan sekerjanya turut kelihatan dan terus bekerja tanpa mempedulikan dirinya yang sedang melekat di dinding.

Seorang pengguna media sosial dengan nama TianTianWoShiNiSanGe telah memuat naik gambar tersebut pada Rabu sebelum tular di Internet.

“Lihat betapa kasihannya rakan sekerja saya yang cantik ini. Dia dihukum selepas majikan kami melihat dia memandu tanpa memakai tali pinggang keledar,” katanya.


Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan nama wanita tersebut, selain nama majikan dan lokasi gambar itu diambil juga turut dirahsiakan.

Dia juga turut memuak naik gambar yang memaparkan beberapa peraturan pelik yang dikuatkuasakan oleh majikannya di pejabat itu.

Antaranya adalah pekerja wanita boleh mengambil cuti sakit jika mereka datang bulan, dan pekerja lelaki juga boleh memohon cuti yang sama sekiranya kekasih atau isteri mereka datang bulan.

Selain itu, waktu bekerja adalah bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang dan sesiapa yang datang atau balik awal perlu merangkak untuk masuk atau keluar pejabat.

Sumber : Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    dan menangkan hadiah menariknya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "