Gambar Hiasan
Toleransi merupakan satu sikap pegangan kehidupan dalam masyarakat yang membawa maksud tidak idealisme, tidak fanatik, tidak mementingkan diri sendiri, mempunyai sikap keterbukaan, realistik, muafakat, tolak ansur, sabar dan menghormati hak orang lain.
Orang yang mengamalkan sikap toleransi berupaya menanggung sesuatu tekanan atau berupaya menerima kesusahan dan kritikan, boleh berkorban untuk orang lain dan bersikap terbuka dan lapang dada. Ciri-ciri tersebut adalah penting dihayati dalam masyarakat majmuk supaya keharmonian dapat dicapai.
Jom baca perkongsian yang telah ditulis oleh Dr Syahr Musafir tentang pengalamannya menjalani kehidupan yang dikelilingi oleh masyarakat bukan islam sewaktu menetap di negara Australia.
Saya pernah tinggal di Australia selama hampir 8 tahun. Sepanjang tinggal di sana, saya memang tinggal bersama rakan-rakan yang beragama Islam (dan 4 tahun terakhir tinggal bersama isteri dan anak-anak, sudah pastilah juga beragama Islam). Walaupun tinggal bersama orang Islam, saya bukan jenis duduk menyorok je dalam bilik macam kera sumbang, saya berkawan dengan masyarakat setempat yang bukan beragama Islam, melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dan saya pernah bekerja sebagai tenaga pendidik di universiti di sana. Sudah pastilah terlibat dalam perbincangan, meeting dan sebagainya, para pelajar dan rakan sekerja saya datang dari pelbagai negara seluruh dunia, pelbagai bangsa dan pelbagai agama, ada sesi makan-makan dan sebagainya. Boleh baca kisah saya dalam buku #HikayatBudakPhD dan buku #HikayatBudakUniversiti.
Setiap pagi saya ke Medical School dengan membawa bekal makanan tengah hari yang isteri saya sediakan. Bahagian dalam bangunan dipasang heater (pemanas) jadi suhunya tetap warm (tak terlalu panas, tak terlalu sejuk) walaupun suhu di luar tersangat sejuk masa musim luruh, musim sejuk dan musim bunga. Suhu sebegini memang boleh menyebabkan makanan cepat basi. Lunch hour kami pula tak menentu, ada masanya sudah Asar (lewat petang) baru nak makan. Mahu tak mahu, saya kena simpan bekal dalam peti sejuk di Tea Room, dikongsi beramai-ramai. Bekas bekal saya tertutup rapat, jadi tak apalah berkongsi peti sejuk (setakat kefahaman saya). Apabila nak makan, saya keluarkan bekal dari peti sejuk dan makan, tanpa memanaskan menggunakan microwave oven yang disediakan untuk dikongsi guna oleh semua.
Beberapa kali ketika saya nak makan bekal, rakan-rakan non-Muslim melihat saya terus makan bekal yang sejuk baru dikeluarkan dari peti sejuk, termasuklah penyelia PhD saya. Dia pernah tanya kenapa tak panaskan makanan sebelum makan.
Saya jawab, "Nak panaskan makanan, kena buka penutup bekas makanan. Microwave oven yang dikongsi itu digunakan oleh semua orang tak kira apa jenis makanan mereka, mungkin ada terpercik air daging khinzir ke, apa ke, tertumpah ke, saya tak boleh ambil risiko memanaskan makanan saya dalam oven yang sama kerana berhati-hati takut makanan haram masuk ke dalam bekas makanan saya."
Panjang lebar penerangan saya, mereka mudah faham sebab mereka memang tahu saya seorang practicing Muslim, saya jaga agama saya, isteri saya bertudung litup, mereka pernah dengar saya membaca al-Qur'an ketika saya berada dalam bilik saya di makmal dan sebagainya. Rezeki dan nikmat daripada Allah SWT, saya dapat penyelia yang baik. Atas rasa simpati atau mungkin tanggungjawab, mereka berkongsi wang membeli sebuah microwave oven untuk saya, diletakkan di satu sudut dan ditampal label "For Syahr and Muslim Friends Only" padanya. Saya terharu...
Ketika itu penghujung tahun 2013 usia anak kedua kami baru 2 bulan, saya dan isteri dijemput ke rumah penyelia PhD saya, David. David memang tanya apa saya mahu makan, dia nak sediakan makanan yang halal. Saya cakap, "Kami makan fruit salad pun sudah cukup, tak mahu menyusahkan." Sesampainya kami di rumah David pada hari tersebut, kami disambut oleh isterinya, Penny dan anjing peliharaan mereka, Lucy. Setelah memperkenalkan Lucy kepada kami, David membawa Lucy ke bilik lain (dikunci di situ, kerana mereka tahu dan hormat orang Islam tak boleh sentuh anjing secara suka-suka) dan kami dibawa ke ruang tamu luar rumah tempat barbecue.
Kami suami isteri terkejut sebab David sekeluarga menyediakan tempat pembakar yang baru dibeli untuk kami, lengkap dengan sosej ayam dan daging kambing yang dibeli dari kedai daging halal untuk kami, siap dengan resit pembelian sebagai bukti sosej tersebut adalah halal, sebab tak mahu makanan kami bercampur dengan makanan lain yang tidak halal. Di pembakar tersebut dilabel "Halal Only, For Muslims" supaya rakan-rakan yang lain tidak membakar makanan mereka di tempat kami, supaya tak bercampur. Ramai tetamu yang datang.
Walaupun hanya saya, isteri dan dua anak kami sahaja yang beragama Islam yang memerlukan makanan halal dan pembakar itu dilabel sedemikian rupa semua orang boleh nampak, rakan-rakan datang tolong bakarkan sosej dan sebagainya kerana nampak jelas saya sibuk melayan anak pertama (ketika itu 3 tahun) dan isteri pula sibuk dengan bayi kedua (ketika itu 2 bulan lebih). Tiada siapa pun diskriminasi atau mempersoalkan apa-apa, semuanya baik-baik belaka walaupun ada pembakar eksklusif khas untuk kami sekeluarga di situ. Siap berlabel lagi. Saya terharu...
Ketika itu lebih kurang Mac 2014, Melissa mengadakan majlis sambutan pertunangannya. Diadakan di sebuah hotel restaurant di Mawson Lakes. Saya ke sana bersama isteri dan dua puteri kami, saya masih ingat saya berbaju Melayu berwarna pink lengkap bersampin (tapi tak pakai songkok), isteri memakai jubah pink dan tudung labuh pink, anak-anak memakai baju gaun berwarna pink campur putih, sekadar nak meraikan sebab selalunya kita pakai baju sebegini kalau menghadiri majlis pertunangan dan perkahwinan sesama kita.
Gambar Hiasan
Kami dilayan baik, ada satu meja khas makanan vegetarian untuk kami dilabel "For Muslims Only" diletakkan di sebelah bar (mereka hidang beer dan arak di situ). Saya masih ingat lagi saya makan puff berinti bayam (spinach) dan diberi pilihan jus epal dan jus oren di meja tersebut. Di meja itu jugalah kami disapa oleh ibu bapa Melissa, ibu bapa tunangnya dan seluruh ahli keluarganya yang teruja tengok pakaian kami yang jelas berbeza daripada pakaian tetamu yang hadir. Saya terharu...
Saya tak pernah ada insiden di kedai dobi di Australia kerana saya tak pernah mencuci pakaian di kedai dobi di sana. Pernah beberapa kali ke kedai dobi untuk mengeringkan pakaian semasa musim sejuk sahaja, tetapi selalu pergi pada waktu malam dan tiada pengguna lain.
Label "For Muslims Only" atau "Halal Food" tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai ofensif oleh orang bukan Islam, apatah lagi oleh orang Islam. Label itu hanyalah bermaksud perkhidmatan atau benda itu dikhaskan untuk golongan tertentu.
Bukan bermaksud menghina golongan selain golongan yang disebut. Sama seperti ada signboard di taman permainan yang menulis "For Children Below 20KG" bermaksud kanak-kanak yang mempunyai berat kurang 20kg boleh bermain buaian itu. Langsung bukan bermaksud kanak-kanak yang mempunyai berat melebihi 20kg adalah gemuk dan berisiko menyebabkan buaian ini patah atau rantai putus (ofensif). Ia hanyalah 'label' supaya kanak-kanak yang lebih berat 'pilih' untuk menggunakan permainan (buaian) lain.
Di Malaysia ini, saya tak nampak protes besar-besaran daripada masyarakat non-Muslim apabila pesta arak dibatalkan. Tetapi masyarakat Muslim sendiri yang melebih-lebih sensitif mengatakan kita harus meraikan dan menjaga sensitiviti kepentingan orang bukan Islam nak minum arak, jangan sekat keperluan mereka. Kebanyakan mereka diam je. Kenapa pula kita jadi lebih sudu daripada kuah? Mereka tak cakap apa pun...
Di Malaysia ini pemberi komen-komen yang tidak puas hati dengan tindakan tuan kedai dobi yang meletakkan signboard "For Muslims Only" tidak datang daripada golongan bukan Islam, sebaliknya datang daripada masyarakat Islam yang merasakan signboard tersebut bersifat ofensif. Kenapa pula kita yang terlebih sensitif sedangkan pengguna non-Muslim dengan senang hati mencari kedai dobi lain apabila tak boleh guna kedai dobi yang dimaksudkan ini?
Kedai dobi "Untuk Muslim Sahaja" masih sama seperti signboard "For Chinese Only" atau "Applicants Must Speak Fluent English" yang selalu kita nampak. "For Chinese Only" bukan bermaksud "Non-Chinese People Are Useless" dan "Must Speak Fluent English" bukan bermaksud orang yang tak pandai cakap Inggeris itu adalah bodoh. Begitu jugalah "Untuk Muslim Sahaja" bukan bermaksud sesuatu yang ofensif seperti non-Muslims adalah penjahat. Ia hanyalah label untuk memudahkan urusan seharian kita dan melancarkan proses perkhidmatan, bukan mengutuk mengkeji sesiapa.
Tenang-tenang sahaja. Kita sudah lama hidup berbilang bangsa berbilang agama. Takkanlah kerana sebuah kedai dobi kita nak bersengketa bermusuh sesama kita?
Come on, guys. Relax...
Saya bukan bercerita sebab nak tunjuk pandai. Saya hanya berharap kita lebihkan mencari ilmu dan perbincangan berbanding hentam-menghentam, kutuk-mengutuk dan soal-mempersoalkan. Siap masuk isu rasisme, ada orang bercerita pasal jus soli lagi. Nak bincang fiqh, tak perlu masuk bab berbentuk ancaman. Tak best macam tu... Geng-geng liberalis, evangelis, dok diam boleh tak? Tak dapat guna kedai dobi A, pergilah guna kedai dobi B. Tak susah pun...
Dr Syahr Musafir
28/09/2017
Have no idea why such a small thing also ppl wanna make noise... just only 1 dobi.. there plenty more dobi... there are so many advert "room for rent.. chinese only" "house for rent.. non muslim only"... --> nobody wanna make noise ke? When ppl dont allow oct fest.. u said.. this is not fair, why border us when is a non muslim celebration... question is.. why does muslim only dobi border u??
BalasPadamCc:sultan *****
BalasPadamNi baru pencerahan terbaik..ni tidak terus ditalibannya owner dobi tersebut...apa nak jadi la
Situasi yg berbeza, impak tidak nmpak sekarang, saya sgt sokong kenyataan Sultan Johor,taliban tidak trjadi dlm masa 1 hari
BalasPadamsegera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
BalasPadamdan menangkan hadiah menariknya
Cc : sultan *****
BalasPadamDr syahr sy suke penerangan anda...
Sultan patut Minta maaf pads rakyat sbb klasifikasi Muslim sebagai taliban
Oh lupe sultan ***** tk pernah pinta maaf
Dr dl lg...