Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ada Kelibat Lelaki Ceroboh Sebelum Pusat Tahfiz Terbakar - PPIM

15 Sep 2017
3 ulasan

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebentar tadi telah mendedahkan satu maklumat yang amat mengejutkan hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di pejabat mereka bersebelahan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, lapor Berita Harian.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, hasil rakaman CCTV menunjukkan ada kelibat seorang lelaki telah memanjat pagar sebelum menceroboh masuk ke dalam kawasan premis bersebelahan pusat tahfiz tersebut.

Beliau menyatakan kelibat lelaki berkenaan dirakam sekitar jam 3.10 pagi oleh sebahagian daripada 16 CCTV di pejabat PPIM.

"Suspek lelaki itu dikesan masuk melalui pintu pagar kiri sebelum melalui pekarangan pejabat PPIM dan menuju ke bahagian kanan yang juga bersebelahan dengan pusat tahfiz berkenaan."

"Kita tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada kaitan dengan pencerobohan ke pusat tahfiz berkenaan.



"Kita sudah menyerahkan semua rakaman berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut malah mereka meneliti semua rakaman sejak pagi tadi.

"Kita tidak tahu motif sebenar pencerobohan lelaki terbabit namun tidak menafikan kemungkinan turut menyasarkan pejabat PPIM," katanya dalam sidang media sebentar tadi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Bagi yang bergadang, mari mainkan game bola dari kami f*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g
    Daftar dahulu ya.. info lebih lanjut >> 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. dah senyap kes ni, apa cerita terkini..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "