Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Boleh Meletus Bila-Bila Masa, Letusan Gunung Agung Mungkin Lebih Besar Dari Merapi - Pakar Vulkanologi Indonesia

23 Sep 2017

BALI, INDONESIA: Kaki 'travel' atau pelancong dinasihatkan berhati-hati sekiranya ingin berkunjung ke Bali dalam tempoh terdekat.

Ini kerana Gunung Agung yang terletak di Bali dilaporkan berstatus aktif dan bakal meletus pada bila-bila masa.

Menurut satu laporan media Indonesia, pemerintah negara tersebut telah meningkatkan status gunung itu ke paras baharu iaitu paras tiga yang membawa maksud siap sedia.

Mengikut peta, terdapat dua kawasan tumpuan pelancong yang berkemungkinan akan terjejas iaitu Candi Pura Besakih dan Rumah Pohon yang terletak dalam radius 10 kilometer dari gunung tersebut.

Gunung tertinggi di Bali itu terletak ke arah Timur Laut Bali dan berketinggian hampir 3,142 meter dari aras laut.

Gunung tersebut dilaporkan pernah meletus pada 1963 di mana letusan  mengorbankan 1,148 nyawa terkorban dan ribuan lain mengalami kecederaan dan merosakkan banyak bangunan dan tempat bersejarah.



Bagaimanapun kini selepas hampir 60 tahun, gunung terbabit kembali aktif dan diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk kembali meletus.

Memetik  laporan detiknews "Karakter Gunung Agung letusannya paling tidak akan lebih besar dari letusan Merapi pada tahun 2010", kata Surono, Pakar Vulkanologi Indonesia.

Menurut sejarah terdahulu, lahar gunung itu boleh mengalir menjangkau tujuh kilometer dalam masa 20 hari manakala debu dari hasil letupan boleh merebak lebih dari 10 kilometer.

Justeru, sebagai langkah keselamatan, pelancong dinasihatkan tidak mendekati 10 kilometer radius dari gunung tersebut dalam tempoh terdekat.

Sumber:Detik News

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "