Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Biar Mak Ayah Tengok Tangan Anak Berbirat Dirotan Dari Digari", Wanita Ini Gesa Hukuman Rotan Untuk Didik Pelajar

18 Sep 2017

Pelbagai pihak tergerak untuk melontarkan pelbagai pendapat mengenai tragedi yang melanda pusat tahfiz baru-baru ini. Pelbagai lapis masyarakat daripada mereka yang berjawatan besar hinggalah selebriti tanah air, ada yang bersimpati dan tak kurang juga yang menghentam institusi tersebut.

Seorang wanita yang mendakwa dirinya seorang guru, Suraya Harun turut tampil dengan cadangan yang baik yang boleh diguna pakai bagi mendidik remaja hari ini. Kami bawakan perkongsian wanita ini untuk anda.


Isu anak-anak Tahfiz: Tamparan hebat buat ibu bapa dan sistem pendidikan negara.

12 tahun dah positif SYABU.

Diulangi...

12 tahun positif SYABU. Allahuakhbar.

Bukan kategori biasa-biasa punya masalah tu. Budak-budak yg melakukan jenayah ini katanya masih kecil. Tidak matang, tidak tahu apa-apa. Di bawah pengaruh dadah.

Tapi bagi saya, modus operandi mereka cukup MATANG macam orangg dewasa punya kerja. Terbaik punya perancangan. Plan yang mereka buat bukan macam akal budak-budak, lebih dari pembunuh bersiri!

BACA : Lihatlah Keadaan Dunia Sekarang, Bunuh, Buli Dan Zina Bukti Generasi Kita Generasi Yang Tenat

Siap angkat tilam naik tingkat 3, beli petrol, curah minyak depan pintu masuk asrama, curi tong gas dari PPIM (bangunan sebelah) dan angkat ke tingkat 3 (bangunan tahfiz). Cucuk guna lidi kepala gas supaya gas keluar hala ke arah pintu, kunci pintu bilik dengan spanar dari luar. Ya Allah..

Tak hebat lagi ke planning tu?

Itu memang betul-betul berniat nak membunuh lah hingga tiada jalan keluar lain untuk mangsa selamatkan diri langsung!

Pada pendapat saya dari kaca mata seorang guru, sudah tiba masanya Kementerian Pendidikan mengembalikan semula "hak" merotan dan mendidik pelajar kepada semua guru.

Biarlah mak ayah melihat tapak tangan anak berbirat kemerahan dari menangis melihat tangan anak bergari masuk lokap!

Tidak matinya setakat rotan di tangan atau tapak kaki bermula darjah 1. Jika ibu bapa terlalu sayangkan anak-anak, boleh ajar anak-anak sendiri di rumah ikut acuan sendiri.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Untuk pengetahuan kalian, hari ini, guru-guru di sekolah hanya boleh mengajar sahaja. Sambil terkejar-kejar dgn tugas sampingan yg bertimbun-timbun.

Pertandingan, kursus, sistem online dan dasar-dasar yg perlu diikuti dan berubah setiap masa. Diselitkan pula SYARAT ketat iaitu TIDAK BOLEH menghukum pelajar dengan apa cara hatta MEMBEBEL sekalipun.

Lalu bagaimana?

Bak kata Tuan Fdaus Ahmad "Padan muka kita! Allah tarik anak-anak Tahfiz, Allah tinggalkan anak-anak syabu"

Ejek Vs Bakar Orang.

Anak-anak kita makin tenat.

Sumber : Suraya Harun

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. setuju sangatttttt. biar malu kena denda drpd malu muka msk media sbb buat benda jahat

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "