Remaja Perempuan Rohingya Mati Selepas Dirogol Tentera Mynamar, Mayat Dibalut Khemah Plastik - Laporan
Seorang remaja perempuan Rohingya di Sittwe, Myanmar menjadi mangsa kekejaman tentera Myanmar apabila dia dirogol dan mayatnya di campak di tepi jalan berhampiran kampungnya.
Remaja yang berusia 14 tahun itu menjadi mangsa kekejaman seksual tentera Myanmar di tengah-tengah kekacauan ribuan etnik minoriti tersebut melarikan diri dari negeri Rakhine apabila dia dipukul tanpa belas kasihan dihadapan keluarganya sebelum dia diculik oleh kumpulan tentera Myanmar.
Menurut sumber, ketika kejadian itu berlaku, kedua ibu bapa mangsa tidak mampu untuk melakukan apa-apa.
Selepas dua hari kejadian, mayat mangsa dilihat dicampak oleh van tentera di tepi jalan berhampiran kampungnya, Rakhine.
Mayat mangsa ditemui bapanya dalam keadaan yang menyayat hati apabila tubuh remaja yang dipercayai dirogol tentera sebelum dibunuh dan mayatnya dibalut khemah plastik.
Sumber- Arakan News