Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Hampir Putus Harapan, Semua Barang Anak Dah Sedekah Kepada Orang Lain," Pasangan 'Dihadiahkan' Anak Kembar Sepasang Selepas 13 Tahun

18 Sep 2017
No Comment

Siapa sangka, rezeki Allah nak bagi kepada hambanya, penantian 13 tahun pasangan ini untuk memiliki seorang anak perempuan akhirnya telah termakbul walaupun pada mulanya sudah putus harapan.

Pasangan Encik Shamul Anuar Hassan dan Isterinya Puan Noraizian Mat Daud sungguh tidak menyangka mereka dikurniakan rezeki yang tidak mereka jangkakan selepas mencuba pelbagai cara selama 13 tahun.

Mereka yang sudah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohammad Alif Syazwan,17, dan Mohammad Alif Ashraf,13, amat menginginkan seorang lagi penyeri keluarga mereka iaitu seorang puteri.

Selepas bertahun-tahun mencuba pelbagai cara dan usaha termasuk mengamalkan ubatan tradisonal dan petua, namun belum sampai masa untuk rezeki mendapat anak.

“Selain mencuba cara tradisional, saya juga mendapatkan khidmat pakar perubatan, doktor menasihatkan saya supaya tidak mencuba ubat sembarangan kerana kemungkinan memudaratkan.”

“Akhirnya saya dan suami berserah dan berputus asa selepas hampir 13 tahun, semua permainan-permainan semasa Ashraf yang saya simpan untuk ‘bakal’ adiknya saya sedekahkan kepada orang lain yang mempunyai anak kecil,” cerita Puan Noraizian yang menyatakan dia sudah hampir berputus asa dan menerima dengan redha.


Namun, selepas 13 tahun, iaitu pada awal tahun lalu, seorang kenalannya telah mengesyorkan beliau mencuba sejenis produk yang katanya berjaya membantu ramai ibu bapa diluar sana yang tidak mendapat cahaya mata selepas bertahun-tahun berumah hamil.

“Saya pada mulanya tidak percaya kerana dah banyak cara perubatan tradisional dan moden yang dicuba tidak mendatangkan sebarang hasil, jadi saya tidak letakkan sebarang harapan.”

“Mulanya tidak berani kerana risau merbahaya, namun selepas menyelidik latar belakang produk, ada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia atau tidak, bila terbukti selamat saya pun cuba amalkan.”

“Jadi hari ini, saya akan dedah rahsia yang menjadi pertanyaan rakan-rakan Facebook sebelum ini, sekadar ingin berkongsi perkara baik yang saya sendiri sudah alami kepada mereka diluar sana yang masih menunggu cahaya agar memperoleh manfaat seperti saya.”

“Rahsianya, saya amalkan produk JSP Gold keluaran Eida Laura Enterprise, saya pun tak sangka, baru amalkan habis sebotol, saya terkejut apabila disahkan mengandung selepas mula rasa simtom-simtom hamil.”


“Hanya tuhan yang tahu perasaan masa tu, setelah 13 tahun, dah hampir-hampir berputus asa dan redha, tiba-tiba Allah beri ‘hadiah’ yang cukup istimewa, lebih istimewa lagi saya disahkan hamil anak kembar sepasang.”
“Pada mulanya memang tidak yakin langsung kerana dah pelbagai cara lain cuba, saya makan JSP ni sekadar mencuba dan tidak memberi harapan tinggi, tapi tuhan makbulkan doa saya dan ikhtiar saya menggunakan produk JSP Gold ini.” Tulis beliau yang begitu teruja ketika itu.

Kini anak-anaknya ini sudah mencapai umur enam bulan, pasangan kembar ini di namakan sempena nama Manusia Pertama iaitu nama Adam dan Hawa.


Mohammad Alif Adam dan Nur Jannah Hawa kini membesar dengan sihat, kehadiran mereka berdua dengan telatah mereka berjaya membuatkan kehidupan keluarga terutamanya abang kedua mereka Ashraf yang begitu menyangi adik-adiknya ini di mana beliau merupakan anak istimewa down Sindrom.

Tahniah ashraf, dapat adik, segala doa dan usaha Encik Anuar dan Puan Noraizian akhirnya berbaloi.

“Saya amat bersukur, menggunakan produk JSP Gold ini adalah satu ikhtiar daripada kami, selebihnya Allah yang menentukan, alhamdulillah usaha saya dan isteri ini telah berhasil dengan menerima hadiah paling bermakna ini memandangkan umur kami pun dah memasuki 40an,” kata Encik anuar yang amat bersyukur dan mahu ‘rahsia’ dia mendapat anak selepas 13 tahun ini menjadi kenyataan. - Siakapkeli.my

Sumber: Eida Hidayati Hassan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "