Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Lelaki Baru Lahir Sudah Tumbuh Tujuh Batang Gigi

11 Sep 2017

Prayan Sharma telah dibawa ke unit penjagaan rapi di Ahmedabad, Gujarat, India Barat, selama 10 hari selepas dilahirkan pada 30 Jun lalu akibat jangkitan.

Apabila bertemu dengan ibu bapanya tiada yang luar biasa sehingga ibunya, Nikita, 31, cuba menyusukannya.

Ia kemudian mendapati anak lelakinya itu dilahirkan dengan tujuh batang gigi pada gusi bawahnya.

Sebaik sahaja anak saya dilahirkan dia dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mempunyai jangkitan menyebabkan tidak dapat disusukan,” kata Harish, 31.

“Apabila isteri saya ingin menyusukannya buat pertama kali, dia melihat sesuatu di mulutnya.

“Kami sangat terkejut, kami tidak penah terfikir bayi akan lahir dengan satu batang gigi inikan pula tujuh batang gigi.”



 “Gigi perlu dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang risiko bayi tertelan atau tercekik,” Dr Meet Ramatri, seorang doktor gigi kanak-kanak di Penjagaan Pergigian Kanak-kanak.

Dr Meet berkata, prosedur dilakukan melalui dua peringkat iaitu dengan mencabut empat batang gigi dan diikuti tiga yang lain.

Dikatakan bahawa kekurangan zat semasa mengandung boleh menjadi faktor perubahan genetik tertentu.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G agen nya game bola online teraman..
    Add yuk 5EE80AFE :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "