Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Banglo Warisan Berhampiran Lebuh Raya Peel Bakal Dirobohkan

8 Sep 2017

Penang Citizen Awareness Chant Group mendakwa banglo warisan berhampiran Lebuh Raya Peel akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan hotel dan hospital swasta.

Menurut penasihat Yan Lee walaupun tiada sebarang makluman mengenai perobohan bangunan warisan kategori dua itu, pihaknya mendapati Pelan Kebenaran Merancang telah dibuat pemaju melibatkan kawasan berkenaan.

Beliau percaya perobohan itu untuk cadangan pembinaan 400 bilik hotel dan 380unit Medical Suite Island Hospital.

Permohonan merobohkan bangunan dan struktur untuk pembinaan hospital 12 tingkat, tempat letak kereta berlapis dan laluan bawah tanah di atas kawasan berkeluasan lebih tiga hektar telah dihantar kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Julai lalu.

Pihaknya menggesa kerajaan negeri untuk melaksanakan kajian penilaian kesan bangunan warisan dengan melibatkan rundingan awam daripada rakyat negeri itu sebelum meluluskan cadangan pembinaan tersebut.

“Pihak kami sekali lagi akan membentangkan perkara ini secara terbuka kepada orang awam memandangkan projek ini berkaitan dengan tanah rakyat itu sendiri,” kata Yan Lee.

Satu kajian sosial seharusnya dilakukan sebelum projek berkenaan diluluskan termasuk kajian trafik dan sebagainya, tambah Yan Lee.

Pada masa sama, pihaknya berharap Kementerian Kesihatan tidak sewenang-wenangnya meluluskan projek berkenaan kerana Island Hospital telah lama beroperasi dan memberikan perkhidmatan kesihatan.

Dalam pada itu, Yan Lee turut mempersoalkan tujuan kerajaan negeri melaksanakan pembangunan tersebut walaupun dilihat terpaksa menggadaikan bangunan warisan dan tanah rakyat.

Sebelum ini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengesahkan bahawa Lebuh Raya Peel diberikan pajakan jangka panjang dengan nilai RM156 juta dan perjanjian dengan Island Hospital untuk projek pembangunan itu dibuat menerusi projek terbuka sebelum ramai pihak mempertikaikannya.

Sumber- Astro Awani
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "