Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Bahasa Kasar Saya Akui, Maaf Dari Saya, Tapi Hakikat Tetap Sama," Naz Rahman Twitt Mohon Maaf Bahasanya Kasar

17 Sep 2017
No Comment

Pengacara Nazrudin Habibur Rahman atau Naz melalui laman Twitternya telah mengakui bahasanya kasar semasa mengulas isu kenyataan Mudir Tahfiz berkaitan mati syahid tampil memohon maaf.

Permohonan maaf itu ditulisnya selepas ramai netizen dilihat tidak senang dan mula menyerang laman Twitter beliau di mana rata-rata mereka meminta beliau memohon maaf.


Twit terbaru dari Naz


Beliau bagaimanapun hanya memohon maaf berkaitan dengan kekasaran bahasanya, bukan berkaitan piawaian keselamatan pusat tahfiz tersebut.

Memetik laporan mStar Online pula, Naz menyatakan apa yang diluahkannya itu bukan untuk mempertikaikan kenyataan 'mati syahid' tersebut, tetapi dia mahu pihak yang menguruskan pusat pendidikan memberi keutamaan kepada keselamatan pelajar dan tidak mudah memberi alasan bagi menutup kejadian.

"Ini bukan kali pertama berlaku, sudah banyak kes kebakaran asrama yang membabitkan kematian kanak-kanak.

"Saya bukan menafikan tentang hal mati syahid tetapi saya mempertikaikan tentang keselamatan yang sepatutnya dititikberatkan."

"Sampai bila kita mahu menerima alasan yang sama apabila ia membabitkan kematian," katanya.



Beliau sebelum ini telah menulis di laman Twitternya @nazrudinrahman, 'Mati syahid? What a bangsat cop out answer. Tell me something I don't know'.

Ternyata Twitnya itu menimbulkan perasaan tidak puas hati ramai netizen kerana menurut mereka Naz tidak faham akan maksud pengetua berkenaan yang rapat dengan anak-anak muridnya itu. - Siakapkeli.my

BACA: "Mereka Datang Untuk Belajar, Bukan Mati Kerana Cuai," Naz Rahman Berang Dengan Jawapan Dari Pengetua Tahfiz
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "