Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Babak Air Mata Di Hari Persandingan "Akak Tarik Ayah, Akak Peluk Ayah"

21 Sep 2017

Perasaan untuk memulakan hidup baru dan meninggalkan ibu dan ayah sudah pasti sedih yang tidak ternilai. Masa ini pengorbanan ayah dan ibu terlihat sangat bernilai.

Jika dahulu ibu ayah yang akan menjaga dan tempat kita mengadu kini suami lah segala-galanya. Mungkin bukan sedih akan kehilangan mereka tapi sedih jika tidak mampu memberi tumpuan lebih kepada mereka.

Ikuti perkongsian perasaan dari I’am Hidayah saat ayahnya menyerahkan dia kepada suaminya. Perasaan sebak itu juga turut dirasai oleh rakan Facebook ketika membaca perkongsiannya.

Selama 24 tahun, akak tak penah peluk ayah seerat ini. Dulu masa kecil aje selalu peluk. Tapi itu pon akak dah tak ingat. Akak cuba haapykan diri. Ingat tak kan ada babak air mata masa hari persandingan akak. Tapi masa ayah sambut menantu. Akak tengok ayah dari jauh, ayah keseorangan nampak sangat raut wajah ayah sedih. Akak kuatkan hati sebab tetamu ramai. Sampai aje depan ayah, akak salam ayah dan ayah dah start menangis. Lagi-lagi bila ayah cakap ayah dah serahkan amanah ayah pada suami, berjurai air mata ini keluar. Akak tarik ayah, akak peluk ayah. Masa ini akak dah tak fikir fasal makeup, pasal tetamu.  Akak Cuma nak peluk ayah aje masa ini. Tetamu, saudara mara, semua nangis sama. Sampai ke pelamin akak menangis. Orang ramai suruh bersabar, suruh tarik nafas sampai ke pelamin. Barulah akak lega sebab ayah dah tak ada dekat depan mata akak. Ayah sibuk layan tetamu biarpun akak tahu hati ayah tengah sedih.

Ayah, biarpun mak dah tak ada. Akak akan jaga ayah baik-baik, akak nak jadi orang pertama yang ada dengan ayah saat ayah memerlukan akak. Sama macam mak, akak ada dengan mak saat terakhir mak pergi tinggalkan kita semua. Semoga ayah kuat untuk anak-anak ayah. Kami adik-beradik tak akan biarkan ayah keseorangan. Ayah dan mak permata hati kami. Tak ada yang mampu menggantikan. Akak sayang ayah.

(Nak taip pon sampai menangis dibuatnya, hurmmm)


Sumber - I'am Hidayah
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "