Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Kecil Kerap Meragam Bila Dengan Ibu Tapi Tidak Dengan Ayah, Ini Hasil Kajian Yang Ramai Tak Tahu

21 Sep 2017
2 ulasan

Bila anak bangun tidur pasti tanya mana ibunya. Bila dah besar kita masih lagi akan tanya jika tidak kelihatan kelibat ibu. Bukan nak bermanja tapi sekadar bertanya. Itu bila dah besar, masa kecil dulu macam mana pula.

Anak kecil dikatakan lebih manja dengan ibunya berbanding bapanya, betul ker? Yelah jika nampak ibu sudah pasti macam-macam dimahunya lagi-lagi kalau ibu seorang suri rumah. Mari ikuti sedikit kajian dari ohsemama mengenai pekara ini.

Kenapa Anak Kecil Selalu Meragam Bila Dengan Ibu Tapi Dengan Ayah Elok Dengar Cakap? Ini Hasil Kajian Yang Ramai Tak Tahu

"Tadi masa mama belum balik kerja, elok je dia tak meragam. Bila nampak mama macam-macam perangai dia tunjuk ya," komen papa pada si kecilnya yang mula merengek minta didukung bila nampak kelibat mama.

Situasi macam ini mesti biasa anda hadapi. Kenapa kalau dengan ibu, si kecil bukan main mengada-ngada dan manja tapi bila dengan ayah boleh pula berdisiplin dan dengar cakap?

Lebih pelik kalau dengan ibu, anak-anak memang susah hendak tidur tapi bila dengan ayah, sekali suruh terus lelapkan mata. Mesti ramai ibu ayah yang perasan akan hal ini kan?

Sebenarnya mengikut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dari Jabatan Psikologi University of Washington, prestasi kanak-kanak akan menurun sehingga 800% (8 kali ganda) apabila ibunya berada di dalam bilik yang sama.

Lebih mengejutkan, kajian mendapati jika kanak-kanak berusia 10 tahun dan ke bawah, peratusnya meningkat dua kali ganda menjadi 1600% (16 kali ganda)!

Kajian tersebut dijalankan ke atas 500 buah keluarga yang mengukur kebergantungan kanak-kanak itu, menangis dan merengek, menjerit, percubaan berlaku kasar, terlupa cara untuk berjalan atau bercakap dan bersikap seperti orang bodoh.

Menurut Profesor dalam bidang Perkahwinan dan Psikologi Keluarga, Dr.K.P Leibowitz, dalam kajian tersebut mereka mendapati kanak-kanak yang berumur 8 bulan boleh bermain dengan riang dan gembira tetapi apabila melihat ibunya masuk ke dalam bilik itu, perangai mereka berubah 99.9%.

Mereka mula menangis, melepaskan apa yang mereka pegang dan meminta perhatian ibunya dengan tergesa-gesa. Baki 0.01% pula mempunyai masalah penglihatan, tetapi apabila mendengar suara ibu, mereka mula melemparkan barang dan meminta makanan walaupun sebenarnya mereka baru sahaja makan!

Salah seorang daripada ayah yang terlibat dalam kajian tersebut (mempunyai 3 orang anak) sangat terkejut dengan laporan kajian dan berkata "Saya selalu tertanya-tanya kenapa isteri saya tak dapat menyiapkan kerja rumah. Rupa-rupanya kelemahannya adalah anak-anak dan dalam masa yang sama magnet mereka adalah ibunya. Ini kerana anak-anak berkelakuan baik ketika dengan saya."

Ramai suami atau ayah yang mungkin tidak tahu tentang fakta yang ditemui dalam kajian ini kerana si anak cuma buat perangai apabila bersama dengan ibu sahaja.

Kajian ini juga mendapati jika dalam situasi untuk membetulkan disiplin anak-anak, 100% (semua sekali) lebih responsif kepada kata-kata yang diucapkan dengan nada normal daripada seseorang selain daripada ibunya! Malah untuk mendapatkan respon yang sama pula, seorang ibu dalam kumpulan itu harus meninggikan suaranya pada si anak.

Jadi, lepas baca hasil kajian ini janganlah ayah cakap ibu cepat manjakan anak sampai jadi mengada-ngada. Sebenarnya ibu itu sendiri macam magnet kepada anak-anak. Asyik nak melekat je!

Sumber - Ohsemama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G, yukk buruan.. :)

    BalasPadam

  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "