Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

“Saya Dengar Ada Menangis Sambil Jerit Tolong Abang, Tolong Abang, Kami Dapat Naik Tingkat 1 Jer Sebab Api Marak Sangat - Saksi

14 Sep 2017

“Saya dikejutkan dalam 5 pagi. Terdengar teriakan orang menjerit, terbakar,” kata Shahirman Shahril, 39, ketika menceritakan kejadian jeritan orang minta tolong ketika dikejutkan oleh kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat.

“Jadi, ramai kawan-kawan usaha bantu dalam suasana masih gelap dan api sedang marak. Kami usaha bantu.

“Ada dua atau tiga pelajar tahfiz yang kami minta supaya terjun. Tapi, yang terjun semua melecur. Kami tak dapat bantu banyak kerana api marak.

“Ada beberapa kawan, jiran naik tingkat atas tapi semua sampai tingkat satu aje sebab api terlalu marak.

“Ada menangis, menjerit, kepanasan, tolong abang, tolong abang.” Katanya lagi.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata berdasarkan laporan awal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pelan kedudukan pusat tahfiz itu belum lulus kerana tidak ikut spesifikasi keselamatan.

“Saya dimaklumkan, 22 pelajar dan dua warden maut dalam kejadian ini. Ketika meninjau lokasi kejadian, saya nampak mayat kanak- kanak itu dalam keadaan berhimpit dua penjuru asrama.

"Mereka dipercayai gagal keluar berikutan api sudah marah dan hanya satu pintu manakala semua gril tingkap pula dikunci," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Unit forensik, bomba dan polis akan segerakan semua urusan untuk memudahkan pengebumian, tambahnya lagi.



Sumber-Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "