Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Fogging Untuk Kebaikkan Semua, Jangan Halang Petugas Kesihatan Melaksanakan Tanggungjawab Mereka

14 Sep 2017

Bila terjadi sesuatu kes kebiasaannya demam denggi, pasti datang pekerja dari Kementerian Kesihatan untuk melakukan fogging di kawasan perumahan anda kan? Fogging ini dijalankan bagi membunuh nyamuk dewasa.

Kadang-kadang memang kita tidak tahan dengan asap dari fogging yang memang diketahui banyak dan tebal, tapi semua  untuk kebaikkan kita juga. Jadi, janganlah kita halang mereka dari melaksanakan tugas mereka.

Seorang lelaki telah berkongsi pengalamannya berhadapan dengan individu yang cuba menghalangnya dari melakukan fogging. Anda jangan sangka abang-abang fogging ni tidak tahu undang-undang okey. Jom ikuti perkongsian lelaki ini yang dikenali sebagai Mat Yoe.

"Awak sembur rumah saya,saya saman awak!"

Pemilik rumah di dalam gambar telah menghalang saya dan anggota saya dari menjalankan aktiviti fogging di luar kawasan rumah beliau.

Dakwa beliau,semburan yang kami lakukan sebelum ini telah menyebabkan tanaman beliau mati. Beliau juga tidak mahu sedikit asap pun mengenai tanaman beliau.

Semburan yang pihak kami lakukan pada petang ini adalah jenis asap (oil base) dan sememangnya kami tidak berdaya untuk menahan angin daripada menyebarkan semburan asap tersebut ke merata tempat walaupun pihak kami menutup nozle dalam jarak 50 meter dari rumah beliau.

Walaupun di berikan penerangan,lelaki tersebut tetap berkeras untuk menyaman pihak kami dan tidak membenarkan anggota saya melintasi kawasan rumah beliau.

Seperti yang anda semua lihat,tanaman beliau berada di kaki lima dan juga rezab jalan yang mana tanah tersebut adalah hak milik Pihak Berkuasa Tempatan.


Membina binaan kekal dan juga meletakkan halangan di hadapan rumah seperti di dalam gambar adalah menyalahi undang-undang mengikut Akta Perumahan,akta jalan,parit dan juga bangunan.
Seksyen 46(1) (a) AJPB 1974 (Akta133).

Binaan ini boleh diambil tindakan oleh Pihak Majlis Perbandaran dan juga Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal merangkumi denda dan juga tindakan merobohkan semua binaan terbabit.

Pihak KKM juga berkuasa untuk memusnahkan semua tanaman ini mengikut APSPP 1975 yang mana boleh di klasifikasikan sebagai tanaman yang boleh membiak serta memberikan perlindungan kepada serangga pembawa penyakit.

Jika mahu,saya juga boleh mensabitkan tuan rumah dengan undang-undang jenayah iaitu :

1-Seksyen 186,Kanun Keseksaan (penjara 2 tahun, denda 10 ribu ringgit atau kedua-duanya sekali)
-MENGHALANG TUGAS PENJAWAT AWAM

2-Seksyen 14 (Akta 326)-penjara 7 hari,denda RM100
-MENGELUARKAN KATA-KATA YANG TIDAK SOPAN

3-Seksyen 506 Kanun Keseksaan (penjara sehingga 7 tahun atau denda RM 10 ribu)
-UGUTAN JENAYAH

Di harapkan kita semua tidak mementingkan diri sendiri kerana buruk kesannya kepada orang lain khususnya masyarakat setempat.

Fogging yang pihak kami lakukan ini adalah bertujuan untuk membunuh nyamuk dewasa dan kami sebolehnya mahu seluruh premis dalam radius 200 meter dari rumah kes di buat semburan lengkap di dalam dan juga diluar premis.

Jangan hanya kerana anda,semburan lengkap tidak dapat di lakukan dan ada nyawa yang akan terkoban.

Tanpa mengambil kira ugutan tersebut,semburan tetap di lakukan di luar kawasan rumah beliau. Fogging tamat sepenuhnya tanpa ada sebarang perkara tidak di ingini berlaku.

Sumber : Mat Yoe
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "