Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tergerak Hati Baca Surah Nuh Semalam, Ibu Tak Sangka Hari Ini Zatullah Pergi Untuk Selamanya

14 Sep 2017

KUALA LUMPUR: "Saya redha dia dah pergi" itulah luahan Kamizan Yusof,48, ibu kepada Mohd Zattullah Roslan, 11, yang merupakan salah seorang dari mangsa yang maut dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini.

Ibu mangsa yang tergerak hati untuk membaca surah Nuh semalam dan tidak menyangka ada kaitan dengan kejadian yang menimpa anak lelaki tunggalnya hari ini.

"Saya tidak pernah menolak apa-apa yang dia mahu dan  Mohd Zattullah merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik.," katanya ketika ditemui BH, di sini hari ini.

Kamizan berkata, dia mengetahui mengenai kajadian itu kira-kira jam 7 pagi tadi selepas dihubungi rakannya, Zubaidah Majid, 54, yang menetap berhampiran pusat tahfiz berkenaan.

"Sepanjang perjalanan, saya berdoa agar Mohd Zattullah selamat tetapi apabila tiba di sini, saya dimaklumkan dia maut dalam kebakaran.

"Kali terakhir berjumpa arwah Ahad lalu, untuk memenuhi permintaan makanan kesukaan arwah dan barang keperluannya,katanya.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "