Setelah insiden kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah semalam, memang banyak perkongsian-perkongsian berkaitan tragedi itu sama ada dalam bentuk video dan gambar-gambar arwah anak-anak didik tahfiz yang terkorban.
Apa yang menyedihkan sekali adalah perkongsian yang dilakukan oleh golongan netizen tidak menjaga perasaan keluarga mangsa.
Kebanyakkannya perkongsian yang dibuat ialah gambar-gambar ngeri arwah pelajar-pelajar tahfiz yang meninggal dalam insiden itu.
Oleh yang demikian, seorang doktor telah menjelaskan kesan buruk yang akan berlaku sekiranya gambar-gambar ngeri arwah terus dikongsikan melalui mana-mana laman sosial.
Ada beberapa kesan buruk yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif.
___________________________________________________________________________________________
Kenapa Tak Boleh Share Gambar Orang Meninggal?
Terkejut besar saya bila saya perasan ramai yang share gambar ngeri arwah adik-adik tahfiz yang meninggal kebakaran pagi tadi.
Ada 2 kesan dahsyat yang akan berlaku kalau kita share dan upload gambar-gambar arwah sebegitu.
1. Kesan pada diri kita sendiri.
Kalau kita terbiasa tengok gambar-gambar ngeri dan ekstrim ni lama kelamaan akan ada kesan buruk pada kita jugak. Mula-mula hadir perasaan simpati tapi lama kelamaan bila dah terbiasa, kita mungkin akan kena SCHADENFREUDE, suatu perasaan seronok bila tengok gambar-gambar ngeri dan ekstrim.
2. Kesan pada keluarga arwah.
Ada seorang ayah kepada 2 orang pelajar tahfiz tu bagitahu. Dia cuma sampai kat tempat kejadian pukul 7 pagi tadi. Tu pun anaknya call dia pagi-pagi buta lepas subuh. Lepas beberapa kali call baru dia sempat angkat. " Ayah, datang cepat madrasah ni. Abang dah takdak dah. Terbakar! "
Bayangkan apa yang si ayah tu rasakan masa tu? Tahu tak orang yang mengalami kematian ahli keluarga secara mendadak sebegitu biasanya akan mengalami Post Traumatic Stress Syndrome ( PTSD )?
Orang yang kena PTSD ni biasanya akan :
- mengalami mimpi buruk yang berterusan
- mengalami tekanan perasan yang parah
- mengalami imbasan-imbasan kejadian tu bertalu-talu
- tekanan tu jadi lebih dahsyat lagi kalau terpapar dengan memori ataupun sesuatu yang mengingatkannya pada kejadian tu
Kemudian kita share gambar-gambar anak dia dalam keadaan yang menyayat hati tu tanpa rasa bersalah. Entah-entah setiap kali anak beranak arwah buka internet ja mereka akan menangis tersedu-sedu dan menjerit sebab tertengok gambar arwah yang kita share beramai ramai tu.
Jadi, tolong sebarkan info ni kat semua orang supaya semua orang boleh delete balik kalau mereka dah terlanjur share. Kita taknak tambah beban keluarga arwah dan kita taknak jadi penyebab tekanan perasaan pada keluarga arwah juga.
Jadi, kepada mereka yang masih ada gambar tu, sila, padam segera. - Siakapkeli.my
Bagi yang bergadang, mari mainkan game bola dari kami f*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g
BalasPadamDaftar dahulu ya.. info lebih lanjut >> 5ee80afe :)