Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Viral) Bayi Hampir Mati, Dibungkus Ibu Untuk Dihantar Ke Rumah Anak Yatim Melalui Khidmat Kurier

22 Ogo 2017
No Comment

Setiap wanita yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga yang dibina. Anak yang lahir dan dijaga pasti akan ditatang bagai minyak yang penuh kerana mereka adalah amanah dari Tuhan yang perlu dijaga.

Tetapi berbeza pula dengan seorang ibu dari Fujian, China yang membahayakan nyawa anaknya sendiri apabila dia menghantar bayi tersebut ke rumah jagaan anak yatim menggunakan khidmat penghantaran kurier.

Kejadi berlaku pada 9 Ogos lalu sewaktu pekerja kurier itu mengambil 'bungkusan' dirumah wanita berkenaan, dia melarang pekerja tersebut membuka dan memeriksa isi kandungan kirimannya, lapor media tempatan China.

Sewaktu dalam perjalanan ke rumah jagaan anak yatim tersebut, pekerja itu mendengar tangisan bayi yang datang dari bungkusan tersebut dan berasa terkejut kerana menjumpai susuk tubuh bayi selepas dia membuka bungkusan tersebut.


Bayi yang diselamatkan itu masih mempunyai tali pusat yang belum digunting.

Dalam sebuah video yang dimuat naik, dapat dilihat orang ramai yang mengerumuni bayi malang itu untuk membantunya.


Pihak polis segera di hubungi dan bayi tersebut dia kejarkan ke Hospital Daerah Jinan untuk rawatan lanjut.

Ibu kepada bayi berkenaan kini berada di dalam tahanan polis bagi membantu siasatan lanjut.

Sumber- South China Morning Post
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "