Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) 'Saya Tak Tahu Siapa Punya Tahi Tu..' - Seorang Lagi Pelancong Malaysia Buat Video Penjelasan & Permohonan Maaf

20 Ogo 2017

Selepas Ramadan Sinclair, kini giliran Ku Hidayat pula membuat satu video penjelasan dan permohonan maaf terbuka kepada rakyat Malaysia selepas isu mereka yang dikatakan membuat onar di Jepun menjadi viral seterusnya menjadi satu isu di negara ini.

Dalam video berdurasi 8 mini 15 saat itu, Ku Hidayat mengaku bersalah kerana menumbuk dinding sehingga menyebabkan kerosakan.

Ku Hidayat berkata pada awalnya dia turun (ke tempat rakaman cctv) selepas terdengar berlakunya pergaduhan. Menurut Ku Hidayat, dia cuba menegur supaya pergaduhan itu dihentikan namun dia tidak diendahkan.

"Bila saya turun tu, saya memang tak boleh nak kawal emosi saya. Sebab saya memang ada masalah, saya memang tak ada duit nak balik Malaysia dan saya memang tengah pendam tekanan ni seorang diri.

"Jadi, saya masuk tu cuba tegur mereka supaya tak bergaduh. Tiba-tiba saya rasa macam tak diendahkan. Bila saya tegur tu, mereka tetap sambung bergaduh mulut." cerita Ku Hidayat sambil menjelaskan dia tidak tahu menahu tentang cerita tentang terdapat sentuhan fizikal yang berlaku.

"Kalau anda tengok cctv tu, saya hanya wujud di minit akhir. Saya pun tak tahu sebenarnya apa yang mereka gaduh. Akibat saya gagal kawal emosi, saya pun dah tertumbuk dinding tu. Jadi dinding tu perlu dibayar.

Ku Hidayat berkata dia telah pun bertemu dengan pihak terlibat dan berbincang mengenai perkara tersebut. Dia juga berjaya membeli tiket balik ke Malaysia selepas meminjam wang dari rakan-rakan di Malaysia.

Namun, kata Ku Hidayat, setibanya di Malaysia, timbul isu lain yang dia langsung tidak tahu menahu iaitu isu tahi di dalam bilik air.

"Saya mengaku memang sir Ema memang baik dengan kami, sehinggakan dia bagi kami tidur untuk semalaman sementara menunggu penerbangan. Saya takkan pijak kepala kepada Sir Ema sebab dia dah banyak bantu saya.

"Saya pun tak tahu siapa punya tahi tu, saya pun sangat terkejut. Saya pun tak pernah nak berak di bilik air tu. Kalau yang pasal dinding tu, saya mengaku yang itu memang salah saya. Saya pun dah bayarkan semua bahagian saya dekat Qayuum." kata Ku Hidayat sambil berkata dia akan mengambil kes ini sebagai pengajaran.

Tonton video penuh dibawah:

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. SWIN888 MERDEKA PROMOTION
    LUCKY DRAW 1-31 AUG 2017.
    NEW GAMES SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    Sky777 I Scr888 I Lpe88 I Joker I Sky99 I Gw99.

    Wechat / whatsapp
    013-302-6666
    014-322-7846
    011-2322-8860
    011-2611-9352
    swin888.blogspot.com

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 500+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.
    https://plus.google.com/u/0/collection/wXnCTB

    BalasPadam
  4. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "