Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Video] Panduan Asas Untuk Berenang Buat Mereka Yang Baru Nak Belajar

22 Ogo 2017
No Comment


Bila bercakap soal aktiviti yang sering dilakukan, kita pasti sekurang-kurangnya mempunyai satu benda yang diminati, sama ada aktiviti yang boleh dibuat di rumah atau di luar.

Buat mereka yang gemarkan aktiviti bersukan, banyak yang boleh dilakukan, sama ada bermain bola, badminton, berlari atau pun berbasikal.

Bukan itu saja, berenang juga boleh dijadikan salah satu aktiviti, yang mana jika dilihat, mungkin tidak ramai di antara kita yang menjadikan berenang sebagai salah satu aktiviti sukan.

Tapi, walaupun begitu, jika kita diajak oleh kawan-kawan nak pergi bermain air, pastinya kita tak akan lepaskan peluang untuk menolak, lagi-lagi sekiranya ia dilakukan di laut, sungai atau kolam renang.

Namun begitu, buat mereka yang tidak begitu mahir atau tidak tahu cara untuk berenang dan mengapungkan diri di saat kecemasan, jangan sesekali ambil mudah akan perkara ini, kerana ia mungkin boleh meragut nyawa kita.

Secara asasnya, perkara yang akan dikongsikan ini boleh dijadikan rujukan, untuk beri keyakinan dan melatih diri kekal selamat.

1. Menangani ketakutan

Bernafas dengan adanya pengudaraan yang secukupnya dan cuba lakukan beberapa posisi yang berbeza di dalam air. Tapi harus diingat, ia perlu dilakukan dengan kedalaman yang sesuai, iaitu tidak melebihi 1 hingga 1.5 meter.

2. Berlatih untuk bernafas ketika berenang

Bila berada di permukaan air, tarik nafas dengan menggunakan mulut, dan hembus keluar dengan menggunakan hidung atau mulut. Cuba bernafas dengan berirama.

Dalam pada itu, adalah penting juga untuk belajar menahan nafas.

3. ‘Berkawan’ dengan air


Baring di permukaan air. Renggangkan tangan keluar dan rileks.

Boleh lakukan dalam posisi ini, sama ada berbaring atau meniarap di permukaan air. Cuba rasakan bagaimana air menampung diri.

* Rahsianya adalah, berada dalam keadaan rileks dengan beri tumpuan.

4. Belajar menggunakan kaki

a. The crawl


Regangkan tangan ke hadapan dengan memegang dinding kolam atau papan renang.

Gerakkan kaki ke atas dan ke bawah, lakukan dengan kedua-dua belah kaki secara berulang.

Bengkokkan kaki sedikit, dengan cuba meregangkan kaki. Hanya gerakkan pinggang sahaja.

b. ‘Breaststroke’


Pegang papan renang dengan tangan, regangkan kaki keluar dan ke belakang dengan arah yang berbeza, bengkokkan lutut dan tolak ke hadapan.

Pergerakan ini adalah sama dengan pergerakan katak.

Belajar Menggunakan Tangan

Sekiranya ada dah mahir menggunakan kaki, dengan yakin dan berirama, anda dah boleh belajar untuk menggunakan tangan pula.

a. 'The crawl’


Dalam keadaan berbaring, boleh mula untuk menggunakan kaki dalam keadaan seperti merangkak.

Letakkan kedua-dua belah tangan di sisi badan dan mula mengangkat tangan ke permukaan air, dengan membuat pergerakan separuh bulatan ke udara. Regangkan bahagian belakang badan sebanyak yang boleh.

Bila mana tangan mula berada dalam air, tangan seperti membuat separuh bulatan pada aras badan, dan kembali kepada posisi asal.

Tangan perlu diregangkan keluar, dan anda perlu mendayung secara berturutan.


Dalam keadaan meniarap, dengan tangan ke hadapan, dayung secara berselang-seli.

Tangan melepasi bawah air dalam keadaan separuh pergerakan, dan kembali kepada keadaan asal, kemudian ‘dayung’ dengan sebelah tangan lagi.

Tarik nafas bila mana tangan berada di udara dengan memusingkan kepalat.

* Penting,
untuk pergerakan tangan dan kaki dalam koordinasi yang betul.

b. 'Breaststroke'


Apabila membuat tolakan menggunakan kaki, regangkan tangan ke hadapan seperti bentuk anak panah.

Kemudian, depakan tangan secara serentak dalam bentuk separuh simetri, dengan bawnaya kembali kepada bahagian dada, dan lakukan pergerakan kepada keadaan asal.

*Penting, bila anda depakan tangan keluar, angkat kepala ke atas permukaan air dan Tarik nafas. Anda juga boleh berenang dalam keadaan kepala masih diangkat.

c. ‘Treading water’(menginjak air)


Bila dah boleh berenang dengan yakin, anda kini boleh mula belaja untuk ‘tread’ air. Untuk ini, anda perlu gerakkan kaki seperti ‘breaststroke’ dengan menghalakan air ke arah badan.

Depakan tangan ke sisi badan, dan buat pergerakan membulat.

Anda boleh juga juga buat seperti posisi sedang menunggang motor, dengan tangan dibengkokkan sedikit pada bahagian siku dan bergerak keluar dari badan.

Belajar berenang dalam air

Melompat masuk ke dalam air dari mana anda berdiri.

Letakkan tangan ke hadapan membentuk seperti anak panah. Tarik dagu ke bawah, ke bahagian dada tanpa menyentuhnya.

Bila dalam air, anda boleh gunakan pergerakan tangan seperti ‘breaststroke’, tolak ke hadapan tiap kali mendepakan ia keluar.

Gerakkan kaki, atau boleh juga buat seperti pergerakan dolphin.

Pergerakan seperti ombak lebih kmudah dilakukan dengan ‘flippers’.


Peringatan!

Bila rasa pening, sakit atau kekejangan, keluar dari air secepat mungkin.

Jangan berenang sekiranya anda meminum alkohol.

Menyelam dari dermaga adalah berbahaya.

Berenang bila…

- bila tiada ombak besar

- ada penyelamat pantai

- keadaan air sentiasa diperiksa.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "